Harian Metro

PDRM, SPRM intip setiap pasukan

-

Kuala Lumpur: Jauhi bookie. Itu amaran yang diberikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sentiasa memantau perkembang­an sukan nombor satu negara itu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pihaknya sentiasa memantau pergerakan bookie yang terbabit kegiatan mengatur perlawanan.

Beliau berkata, pihaknya tidak teragak-agak menjalanka­n risikan dan siasatan jika mendapat maklumat ada bookie mendekati pemain bola sepak di negara ini.

“Kami akan bertindak berdasarka­n maklumat yang diperoleh, malah turut mengikuti perkembang­an bola sepak negara terutama pasukan yang dilanda masalah,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Penolong Kanan Pesuruhjay­a Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Samsul Salip berkata, pihaknya sentiasa bekerjasam­a dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam usaha memerangi kegiatan bookie dan rasuah.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera apabila mendapat aduan berkaitan mengatur perlawanan, tawaran wang tunai dan pemberian hadiah yang boleh menimbulka­n keraguan.

“Malah, kami juga melakukan siasatan berkaitan penjualan tiket apabila mendapat laporan terdapat unsur penipuan atau rasuah.

“Setiap pasukan akan dipantau SPRM bagi memastikan kegiatan bookie dapat ditangani segera,” katanya.

 ??  ?? ROHAIMI
ROHAIMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia