Harian Metro

TFC turut tersenarai

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

 Tujuh bekas pemain pasukan itu dakwa belum terima bayaran selama enam bulan

Rupa-rupanya, naib juara Piala Malaysia musim lalu, Terengganu FC (TFC) turut tidak terlepas daripada masalah tunggakan gaji dan terkini, tujuh bekas pemain pasukan itu mendakwa mereka masih belum menerima bayaran selama enam bulan bermula Jun hingga November tahun lalu.

Pengorbana­n dan keringat membantu skuad Penyu bagaikan dipandang sebelah mata dan tidak dihargai pasukan dan lebih menyedihka­n apabila ada antara pemain yang sebelum ini memerlukan wang bagi menampung kos perubatan ibu yang menderita kanser, gagal membantu hinggalah wanita berkenaan meninggal dunia, Jumaat minggu lalu.

Wakil tujuh pemain berkenaan yang enggan mendedahka­n identitiny­a berkata, mereka sudah letih merayu kepada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) tetapi hingga kini, badan induk berkenaan tetap menyepi.

Perkara yang paling menghangat­kan hati mereka ialah apabila pegawai PBSNT yang dihubungi seakan-akan memperleke­hkan tuntutan mereka dan memberi ‘lampu hijau’ kepada kelompok berkenaan untuk melaporkan isu itu kepada media.

“Kami tiada niat untuk memalukan bekas majikan kami lebih-lebih lagi Liga Malaysia (Liga M) baru bermula tetapi selepas dicabar untuk melaporkan isu tunggakan gaji itu kepada media dan berasa dipermaink­an, kami nekad menghubung­i Sukan Harian Metro.

“Kami bukan mahu bermusuh dengan PBSNT yang sudah berjasa kepada kami tetapi kami hanya mahu hak kami sebagai pemain.

“Kami hanya menerima gaji sehingga Mei musim lalu dan sebahagian­nya lagi iaitu 20 peratus daripada baki gaji pada awal minggu lalu. Malah, ada pemain tidak mendapat 20 peratus baki gaji itu. Ini bermakna PBSNT berhutang dengan kami selama enam bulan sehingga November 2018. Kami pelik kenapa kami saja yang terpaksa menanggung derita itu sedangkan pemain lain tidak?

“Pelbagai janji ditaburkan pihak pengurusan bermula Julai hinggalah final Piala Malaysia musim lalu untuk membayar tunggakan gaji kami yang dianggarka­n keseluruha­nnya berjumlah RM500,000 tetapi hingga kini janji tinggal janji,” katanya.

Antara pemain yang kini sudah tidak lagi berada dalam TFC ialah Mohd Faiz Nasir, J Partiban, Fitri Omar, Azi Shahril Azmi, Syazwan Yusoff, Faizal Yusoff dan Fauzi Kadar.

 ?? Wakil bekas pemain TFC ?? PEMAIN TFC menjalani sesi latihan di Padang Kompleks Sukan Negeri Gong Badak. Ada pemain tidak mendapat 20 peratus baki gaji itu”
Wakil bekas pemain TFC PEMAIN TFC menjalani sesi latihan di Padang Kompleks Sukan Negeri Gong Badak. Ada pemain tidak mendapat 20 peratus baki gaji itu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia