Harian Metro

Desas desus pemain Perlis ‘angkat kaki’ tak benar

-

Shah Alam: Desas desus kononnya pemain Perlis bakal ‘angkat kaki’ dengan menyertai pasukan lain adalah tidak benar malah mereka tetap setia bersama skuad Singa Utara dalam mengharung­i saingan Liga Perdana.

Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie yang turut menepis dakwaan ada pemain senior skuad berkenaan sudah ‘cabut’.

Beliau berkata, situasi pasukan sekarang ini berada dalam keadaan harmoni dan segala isu tunggakan gaji akan selesai dalam masa terdekat.

“Setakat ini, tiada lagi pemain menyuaraka­n hasrat untuk meninggalk­an Perlis dan perkara ini hanya diperbesar­kan setengah pihak dan berharap isu itu tidak lagi disebarkan.

“Pasukan juga berada dalam keadaan harmoni dan semua pemain bersatu hati bersama pasukan seterusnya akan buat yang terbaik untuk meraih lebih banyak kejayaan,” katanya ditemui selepas perlawanan menentang UiTM FC di Stadium UiTM, kelmarin.

Pada perlawanan terbabit, Singa Utara berjaya menundukka­n UiTM 3-0 hasil jaringan Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan pemain import Kevin

Osei. Sebelum itu, Perlis dihimpit pelbagai isu apabila gagal menyelesai­kan tunggakan gaji hingga timbul pelbagai spekulasi bahawa pemain mereka bakal angkat kaki.

Sementara itu, menjawab kemungkina­n Perlis membuat aduan kepada Malaysian Football League (MFL) berikutan penularan gambar kononnya ada cubaan pasukan luar memancing pemain Perlis, Ahmad Amizal berkata, pihaknya menaruh kepercayaa­n sepenuhnya terhadap anak buah mereka.

“Saya menaruh kepercayaa­n 100 peratus kepada pemain dan mungkin gambar berkenaan bukan rundingan pintu belakang seperti yang didakwa sesetengah pihak,” katanya.

Selain itu, beliau juga mahu media berhenti membuat spekulasi mengenai kemelut yang dihadapi Perlis kerana ia boleh menyebabka­n timbul masalah lain dan berharap diberikan ruang secukupnya untuk menyelesai­kan segala kemelut yang melanda kem Singa Utara.

Kuala Lumpur: Masih ramai pemain dan pengurus pasukan yang belum membuat aduan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung tunggakan gaji masing-masing.

Pengerusi Jawatankua­sa Status FAM, Mohd Joehari Ayub berkata, ada antara mereka mengambil langkah untuk berunding terlebih dulu bagi menyelesai­kan masalah dihadapi.

“Kami di Jawatankua­sa Status FAM sentiasa mengambil berat hal ini. Kami berharap pasukan atau majikan pemain terbabit membuat pembayaran seperti dijanjikan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya jika ada aduan berkaitan terutama membabitka­n kebajikan pemain.

Katanya, menerusi mesyuarat, pihaknya menggesa pasukan berkaitan supaya menyelesai­kan isu tuntutan gaji membabitka­n beberapa pasukan yang mencecah RM2 juta.

“Ada antara kes ini sudah lama dan ada kes baharu. Kita ambil contoh FELDA United yang perlu membayar jumlah antara tertinggi dan mereka berjanji mahu melunaskan hutang berkenaan

 ??  ?? AHMAD Amizal
AHMAD Amizal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia