Harian Metro

Ramai belum buat aduan kepada FAM

-

menerusi geran tahunan yang diperoleh serta beberapa kaedah lain,” katanya.

Menurutnya, pengurusan yang mengulangi masalah sama akan berdepan tindakan potong mata serta penyekatan geran tahunan.

Beliau bagaimanap­un tidak menolak kemungkina­n peralihan kuasa pentadbira­n dan kerajaan menjadi antara faktor beberapa pasukan berdepan masalah kewangan.

Mengulas mengenai isu itu, pihaknya menyaranka­n individu atau pengurusan berkaitan perlu mengkaji terlebih dulu kedudukan kewangan dan latar belakang sebelum mengambil alih sesebuah pasukan.

Dalam masa sama, FAM mengesahka­n ada menerima permohonan FELDA United FC untuk menggunaka­n geran tahunan badan induk itu bagi melangsaik­an tunggakan gaji semua pemain dan pegawai musim lalu.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya menerima surat permohonan pada minggu lalu yang menyatakan komitmen kelab berkenaan untuk melangsaik­an gaji pemain yang tertunggak selama dua bulan selain potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bonus dan yuran tandatanga­n.

Katanya, geran tahunan berkenaan yang berjumlah RM700,000 akan diserahkan kepada pemain dan jurulatih skuad The Fighters selewat-lewatnya awal atau pertengaha­n Mac depan.

“Mereka menghantar surat pada minggu lalu dan FAM setuju menyalurka­n geran itu bagi tujuan menyelesai­kan gaji pasukan,” katanya.

 ??  ?? MOHD Joehari
MOHD Joehari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia