Harian Metro

Penduduk tidak cukup serius cegah denggi

-

Sandakan: Sebanyak 129 kes denggi dicatatkan di sekitar bandar ini sejak awal Januari lalu, termasuk yang membabitka­n kematian.

Setakat ini, sebanyak 14 lokaliti wabak dikesan antaranya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra, Kampung Forest, Kampung Bahagia, Taman Fajar Fasa 2, Kampung Tinusa 2 Darat, Old Slipway Bandar Sandakan, Astana Height Fasa 5B, Bandar RamaiRamai dan Rumah Murah Sim-Sim.

Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr Johari Awang Besar berkata, PPR Taman Mesra setakat ini merekodkan kes denggi terbanyak iaitu 39 kes.

Sehubungan itu, katanya, masyarakat di daerah ini termasuk yang menetap di pulau perlu bekerjasam­a menjaga kebersihan dan menghapusk­an tempat pembiakan nyamuk.

“Kes denggi di daerah ini sudah mencatatka­n beberapa angka kematian dan ini adalah perkara serius yang bukan saja menjadi tanggungja­wab Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandara­n Sandakan atau mana-mana jabatan, sebaliknya memerlukan kerjasama seluruh komuniti.

“Biarpun ada aktiviti kawalan pencegahan, ia masih tidak memadai jika masyarakat tidak bersatu padu meluangkan masa bergotong-royong sekurang-kurangnya sekali seminggu," katanya pada Program GotongRoyo­ng di Taman Mesra, semalam.

Dr Johari berkata, kerjasama penduduk setakat ini masih tidak memuaskan dengan ada antara mereka tidak membenarka­n pihak jabatan kesihatan memasuki rumah untuk membuat pemeriksaa­n atau melakukan semburan kabus.

Katanya, biarpun jabatan kesihatan sudah melakukan semburan kabus ke kawasan dikenal pasti, masih banyak tempat pembiakan nyamuk Aedas di sekitar lokaliti wabak.

“Kita berharap penduduk dapat bersatu melakukan aktiviti pencegahan dan membabitka­n diri dalam setiap aktiviti gotongroyo­ng.

“Mereka yang menghidap simptom seperti demam, sakit otot dan sendi, sakit belakang mata dan kepala juga perlu mendapatka­n rawatan secepat mungkin supaya pencegahan demam denggi dapat dilakukan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK mendengar taklimat sebelum bergotong-royong membersihk­an kawasan pembiakan nyamuk aedes di Taman Mesra, Sandakan, semalam.
PENDUDUK mendengar taklimat sebelum bergotong-royong membersihk­an kawasan pembiakan nyamuk aedes di Taman Mesra, Sandakan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia