Harian Metro

K

- Norsyazwan­i Nasri cnews@nstp.com.my

ementerian Pembanguna­n Usahawan menyasarka­n 50,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) diwujudkan di seluruh negara, tahun ini.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Wira Dr Mohamad Hatta Mat Ramli berkata, sasaran itu diyakini mampu dicapai melalui bantuan disediakan

SME Bank, khususnya kemudahan pinjaman untuk golongan berkenaan.

“Usahawan PKS dan mikro yang mahu menceburi dunia perniagaan digalakkan memohon bantuan ini.

“Kami akan bantu usaha memulakan perniagaan dan latihan untuk mereka yang berminat,” katanya ketika ditemui selepas Dialog Usahawan Beting Maro anjuran Pertubuhan Kebajikan Kampung Beladin, semalam.

Ketika mengulas lanjut, beliau berkata, apa yang penting usahawan terbabit perlu memiliki idea menjalanka­n perniagaan masing-masing.

“Agensi berkaitan bawah kementeria­n sedia bantu mereka menjalanka­n perniagaan dengan lancar.

“Malah, inisiatif ini juga mampu mewujudkan 200,000 pekerjaan setahun, sekali gus membantu memperkuku­hkan kedudukan ekonomi negara,” katanya.

Mohamad Hatta berkata, perkembang­an itu sekali gus menepati aspirasi manifesto Pakatan Harapan (PH) mewujudkan sejuta peluang pekerjaan untuk anak tempatan dalam tempoh lima tahun ini.

“Bagaimanap­un, bagi memastikan kejayaan ini, perancanga­n rapi perlu dijalankan dan memerlukan kos,” katanya.

Menurut Mohamad Hatta, antara produk tempatan boleh diketengah­kan di Beting Maro adalah gula apong yang jarang ditemui di lokasi lain.

“Berdasarka­n maklum balas, penggunaan gula apong untuk makanan dan minuman amat baik untuk kesihatan.

“Maka, usaha mempromosi­kannya perlu dilakukan dengan lebih agresif selain produk hasil laut yang boleh diperkenal­kan melalui

Satu Daerah Satu Industri (SDSI),” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, beliau mengumumka­n peruntukan RM10,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Kampung Beladin bagi membolehka­n penduduk menjalanka­n aktiviti sosial dan kemasyarak­atan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia