Harian Metro

‘Selesai isu ketua adat bulan ini’

-

Tawau: Kerajaan negeri mahu isu pelantikan ketua adat dan pemimpin masyarakat termasuk ketua kampung diselesaik­an sebelum akhir bulan ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak mahu isu itu terus disensasik­an pihak tertentu dan menjadi bahan bualan orang ramai di kedai kopi.

“Saya mengarahka­n Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong; Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Sabah, Datuk Aidi Moktar dan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar negeri, Datuk Ewon Benedick menyelesai­kan isu ini secepat mungkin.

“Saya mahu isu ini dimuktamad­kan bulan ini dan jangan lambat supaya tiada masalah apabila ada penduduk mahu melangsung­kan perkahwina­n tetapi tiada ketua kampung,” katanya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP Tawau, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew dan Jaujan; Pengerusi DAP Sabah, Datuk Stephen Wong Tien Fatt dan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Jimmy Wong.

Mohd Shafie juga meluahkan kebimbanga­n terhadap pihak yang terus memainkan sentimen perkauman demi kepentinga­n politik masing-masing.

“Isu pelantikan (ketua adat dan pemimpin masyarakat) kita boleh buat, contohnya kalau masyarakat Cina boleh jadi Kapitan tetapi takkan orang Bugis tidak boleh jadi ketua masyarakat?

“Kita ada undang-undang dan kita bukan mahu langgar undang-undang tetapi pada masa sama, jangan kita mahu menidakkan hak suku kaum Bugis,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia