Harian Metro

Jiran nampak asap tebal PILIH 5 KAMPUNG ANGKAT

- Ryan Stanley am@hmetro.com.my

Sikap prihatin jiran menyelamat­kan rumah berkembar dua tingkat di Taman Istiwajar, di sini, daripada terbakar, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.45 petang, rumah itu kosong kerana penghuniny­a keluar menziarahi saudara mereka di Sibu sempena Tahun Baharu Cina.

Difahamkan, jiran keluarga itu yang juga lelaki berusia 30-an terlihat kepulan asap dari ruang tamu rumah sebelum menghubung­i talian kecemasan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Mohamad Meramit berkata, 13 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

“Kami nampak asap tebal keluar dari depan rumah. Bomba memecahkan pintu utama untuk padamkan api,” katanya.

Sebagai usaha memerangi aktiviti berkaitan dadah di daerah ini dan Putatan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang meletakkan lima kampung selaku kampung angkat.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, lima kampung berkenaan iaitu satu di daerah ini dan empat di Putatan

Usaha polis banteras aktiviti dadah, kes jenayah

adalah kawasan dikenal pasti aktif dengan aktiviti dadah.

“Kami mengadakan pelbagai operasi di kampung berkenaan dari semasa ke semasa bagi membantera­s aktiviti penyalahgu­naan dadah dan kes jenayah lain.

“Polis juga bertemu ketua kampung itu untuk mewujudkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS),” katanya, semalam.

Mohd Haris berkata, konsep kampung angkat adalah yang pertama dilaksanak­an IPD Penampang selepas dilaksanak­an IPD Kota Kinabalu sebagai perintis kepada program berkenaan.

“Kami yakin program kampung angkat dapat selesaikan masalah dadah di sekitar daerah ini dan Putatan,” katanya.

 ?? Mohd Haris Ibrahim ?? Polis juga bertemu ketua kampung itu untuk mewujudkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS)”
Mohd Haris Ibrahim Polis juga bertemu ketua kampung itu untuk mewujudkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS)”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia