Harian Metro

Tahan bot seludup tong gas, 10 imigran

-

Sandakan: Cubaan sebuah bot nelayan untuk menyeludup barang kawalan serta membawa keluar migran dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) menerusi Op Pensura di perairan Pulau Berhala, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.40 malam, sepasukan anggota yang melakukan rondaan menerima maklumat menerusi Unit Risikan Marin (URM) sebelum mengesan kapal nelayan menghala ke laut.

Sejurus dipintas dan ditahan, pemeriksaa­n mendapati bot itu membawa 10 penumpang berusia 22 hingga 58 tahun tanpa pengenalan diri sah selain 13 tong gas petroleum cecair (LPG) dan 12 tong petrol.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, barang kawalan itu dipercayai cuba diseludup ke negara jiran tanpa kebenaran sah pihak berkuasa.

“Semua barangan dipercayai dijual di pasaran negara jiran manakala 10 penumpang terbabit mendakwa mahu ke Pulau Tabawan, Filipina tanpa melalui laluan diwartakan.

“Semua tangkapan dan rampasan termasuk kapal dengan nilai keseluruha­n dianggarka­n bernilai RM96,200 dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? ANGGOTA PPM menggagalk­an cubaan menyeludup keluar barang kawalan menerusi Op Pensura di perairan Pulau Berhala, Sandakan.
ANGGOTA PPM menggagalk­an cubaan menyeludup keluar barang kawalan menerusi Op Pensura di perairan Pulau Berhala, Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia