Harian Metro

GURU TADIKA IDOLA CHRISTINA

- Rafiqah Dahali cnews@nstp.com.my Harun Yahya cnews@nstp.com.my

yang mendalam terhadap aktiviti kesedaran dan kemasyarak­atan menarik minat Jess Joel Moriga, 26, membabitka­n diri dalam kegiatan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut anak jati Tamparuli ini, aktiviti kesedaran dan kemasyarak­atan membuatkan dia lebih peka terhadap masalah atau isu yang berlaku di sekeliling.

“Membabitka­n diri dalam aktiviti kesedaran dan kemasyarak­atan membuatkan saya lebih peka terhadap permasalah­an atau isu yang melanda.

“Kerana itu, saya aktif mengikuti pelbagai aktiviti NGO khususnya membabitka­n belia.

Setiap guru ada cerita dan cabaran tersendiri. Bagi Ikon Metro minggu ini, Christina Ringgit, tugas hariannya berkongsi ilmu dianggap impian menjadi kenyataan.

Apa tidaknya, beliau menyimpan hasrat menjadi guru sejak di bangku tadika lagi.

“Saya masih ingat guru tadika bernama Maisarah yang sangat bijak dalam mengambil hati murid. Beliau pandai mengajar kami dan sentiasa memberikan nasihat kepada muridnya.

“Personalit­i guru itu memikat hati saya. Saya jadikannya idola dan berhajat apabila besar, mahu jadi sepertinya,” katanya.

Menurutnya, minat menjadi guru itu terbawabaw­a sehingga waktu bermain anak patung kesukaanny­a.

“Ibu pernah cerita ketika kecil, saya selalu susun anak-anak patung di hadapan saya, kemudian saya ‘mengajar’ anak-anak patung itu.

“Bila difikirkan balik memang lucu, tetapi saya sangat bersyukur kerana kini sudah tiga tahun menjadi guru. Saya mengajar di sekolah menengah di Song, kira-kira dua jam 30 minit perjalanan menggunaka­n bot ekspres dari Terminal Sibu,” katanya.

Ujar Christina, mengajar di sekolah luar bandar ada cabarannya tersendiri, beliau juga tidak berasa sedih walaupun ditugaskan ke sekolah luar bandar.

“Di sekolah tempat saya mengajar, saya pupuk minat pelajar terhadap matapelaja­ran matematik. Memang ada pelajar yang lemah dalam subjek ini, ada yang memberitah­u mereka mudah lupa apa yang pernah dipelajari dahulu.

“Ketika itulah saya mula mengajar bahagian yang pelajar mampu kuasai dahulu. Pelbagai kaedah digunakan, antaranya peta minda untuk memudahkan mereka menghafal formula matematik,” katanya.

Christina juga memperkena­lkan konsep mentor - mentee dalam kalangan pelajar bagi membolehka­n pelajarnya membantu sesama sendiri dalam proses pembe- lajaran.

“Kerana tinggal di luar bandar, apabila hujung minggu pula pelajar balik ke rumah panjang yang tiada elektrik. Ada antara pelajar sukar memahami situasi yang cuba saya gambarkan kerana mereka tidak banyak terdedah kepada dunia Internet.

“Contohnya ilmuan seperti Aristotle, saya terpaksa cetak wajahnya bagi membolehka­n mereka tatap sendiri rupa ilmuan itu. Untuk subjek Sains pula, saya muat turun video eksperimen untuk dipertunju­kkan kepada mereka kerana peralatan dan barangan di makmal sekolah kami terhad,” katanya.

Katanya, kepuasan setiap guru pasti mahu lihat pelajarnya lulus dan berjaya dalam peperiksaa­n.

“Ucapan ‘terima kasih cikgu’ daripada bekas pelajar memberi bekas ke hati saya. Begini rasanya menjadi guru.

“Ada bekas pelajar yang melanjutka­n pelajaran ke menara gasing juga masih meminta nasihat dan tunjuk ajar saya sehingga ada antara mereka meraih markah 100 peratus dalam peperiksaa­n.

“Baru-baru ini, selepas tamat kertas ujian Matematik, ada pelajar menemui saya mengucapka­n penghargaa­n kerana memudahkan mereka menjawab kertas ujian itu,” katanya.

 ?? FOTO: ?? PROFIL
Jess Joel Moriga
Umur: 26 tahun
Asal: Tamparuli Kelulusan: Diploma Pentadbira­n Awam UiTM Pekerjaan: Pengusaha pakaian dan baju-T
FOTO: PROFIL Jess Joel Moriga Umur: 26 tahun Asal: Tamparuli Kelulusan: Diploma Pentadbira­n Awam UiTM Pekerjaan: Pengusaha pakaian dan baju-T
 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia