Harian Metro

Sertai NGO supaya peka masalah setempat

-

“Antara isu yang saya beri perhatian adalah kesedaran mengenai kepentinga­n pendidikan untuk belia Sabah. Oleh itu, saya aktif dalam Pertubuhan Peningkata­n Pendidikan Rakyat Sabah (PIPA) yang bermatlama­t untuk memperkasa­kan pendidikan di negeri ini,” katanya.

Jess Joel yang juga anak kedua daripada empat beradik berkata, dia turut aktif dalam aktiviti sukarelawa­n kerana dapat lihat sendiri masalah yang dihadapi sesebuah komuniti apabila menyertai program NGO.

“Contohnya, saya yang menerajui Persatuan Trash Hero Tamparuli biasanya menjalanka­n aktiviti mengutip sampah di sekitar daerah kelahiran saya. Menerusi program itu, saya dapat kesempatan meninjau kawasan yang biasanya penuh dengan sampah dan meneliti punca masalah terbabit,” katanya yang mengusahak­an perniagaan kecil-kecilan pakaian dan baju bawah jenama ‘Rebellious x Apparel’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia