Harian Metro

JENAYAH DI TENGAH LAUT

- Rafiqah Dahali cnews@nstp.com.my

Pengusaha kelong di perairan Kimanis, Bongawan rugi puluhan ribu ringgit enjin bot kerap dicuri

Kecurian enjin bot yang berlaku di tengah laut terus menjadi igauan dan menghantui pengusaha kelong atau ‘bagang’ di sekitar Bongawan serta Kimanis.

Kebelakang­an ini, kecurian enjin bot yang ditambat pada kelong didakwa semakin menjadi-jadi malah menimbulka­n kebimbanga­n pengusahan­ya.

Kelong adalah binaan di tengah laut yang berfungsi sebagai pengumpan untuk menangkap ikan bilis.

Pengusaha kelong sepenuh masa, Syarifuddi­n Siwa, 61, daripada Kampung Andus di Kimanis berkata, dia kehilangan tiga enjin bot di kelongnya yang terletak di perairan daerah berkenaan.

“Kali terakhir enjin bot saya dicuri ialah tiga bulan lalu. ia berlaku kira-kira jam 2 pagi ketika saya bekerja di kelong.

“Tiga enjin bot berkenaan berharga kira-kira RM30,000. Laporan polis juga sudah dibuat berkaitan kes terbabit,” katanya.

Menurut Syarifuddi­n, tidak mudah untuk pengusaha mengesan pelakunya kerana ia terjadi di tengah laut selain berlaku dengan pantas.

Sementara itu, Mirwan Asmat, 24, dari Kampung Batu 30, Kimanis yang kerap mengikut bapanya mengusahak­an kelong berkata, enjin bot bapanya sudah dua kali dicuri.

“Enjin bot yang pertama dicuri pada November

2017 dan terbaharu, pada Oktober 2018.

“Pada kejadian kedua itu, saya bekerja dengan bapa di atas kelong kirakira jam 6 pagi.

“Tiba-tiba, seorang lelaki yang datang dengan menaiki bot memotong tali bot kami yang diikat pada tiang kelong.

Lelaki terbabit dan seorang rakannya kemudian melarikan dua enjin bot bernilai kira-kira RM14,000,” katanya.

Menurut Mirwan, mereka hanya mampu menjerit ke arah penjenayah tanpa mampu berbuat apa-apa.

 ??  ?? SUASANA sunyi dan gelap bagang
mendedahka­nnya kepada kegiatan jenayah tanpa disedari.
SUASANA sunyi dan gelap bagang mendedahka­nnya kepada kegiatan jenayah tanpa disedari.
 ??  ?? MIRWAN
MIRWAN
 ??  ?? SYARIFUDDI­N
SYARIFUDDI­N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia