Harian Metro

KEADILAN BUAT ADIB

LIPUTAN MENYELURUH INKUES PUNCA KEMATIAN MULAI HARI INI

-

 Mohd Kassim harap perbicaraa­n dapat bela nasib arwah Adib

Buat masa ini saya tidak akan hadir inkues itu sebaliknya anak-anak di ibu negara akan hadir Mohd Kassim Abdul Hamid

“Sebagai ayah, tiada apa yang boleh diperjuang­kan melainkan menuntut keadilan buat anak saya dan berharap inkues itu berjalan dengan lancar.”

Begitu kata Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, bapa arwah Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang terkorban dalam kejadian rusuhan November lalu.

Mohd Kassim berkata, tiada apa lagi yang dapat diperkatak­an melainkan mencari kebenaran berkaitan kematian arwah.

“Buat masa ini saya tidak akan hadir inkues itu sebaliknya anak-anak di ibu negara akan hadir.

“Bagaimanap­un sekiranya diperlukan, saya bersedia memberi kerjasama dan akan menghadiri inkues itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Tahlil Untuk Adib anjuran penduduk Kampung Telaga Mas di Tapak Pasar Malam Tanah Merah, Jumaat lalu.

Menurutnya, dia juga tidak begitu memahami hal inkues berkenaan namun berharap perbicaraa­n itu akan membela nasib anaknya.

Meskipun sudah hampir dua bulan arwah Muhammad Adib tiada, ibunya, Asma Aziz, 52, tetap merinduiny­a dan masih teringat suara anaknya itu memanggil dirinya.

Baginya tiada lain yang diharapkan cuma inginkan keadilan buat anaknya dan keputusan inkues akan diketahui secepat mungkin.

“Sebagai ibu dan orang Islam hanya doa yang saya mampu iringi supaya prosiding inkues berkenaan berjalan lancar. Dalam keadaan sekarang, hanya Allah yang dapat membantu saya,” katanya.

Pada 18 Januari lalu, pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad didengar di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan prosiding inkues dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai koroner.

Muhammad

Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Allahyarha­m menghembus­kan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara selepas 21 hari

bertarung nyawa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia