Harian Metro

SUNGGUH KEJAM!

 Ibu sempat beri duit belanja untuk Siti Masyitah ke kedai sebelum mangsa hilang

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz am@hmetro.com.my

“Apa dosa anak saya hingga diperlakuk­an begini?” rintih Zaleha Abdullah, 34,selepas mayat dipercayai anak perempuann­ya dalam keadaan kaki tangan diikat dan organ dalaman hilang ditemui di ladang kelapa sawit Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, Pahang. Siti Masyitah Ibrahim, 11, hilang sejak

30 Januari lalu selepas kali terakhir dilihat membonceng motosikal lelaki warga asing yang ditahan polis pada

hari kehilangan­nya,

lapor Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Pekan

Kejam dan tidak berperikem­anusiaan. Itu yang dapat disimpulka­n terhadap penemuan mayat kanak-kanak perempuan,

Siti Masyitah Ibrahim, 11, yang ditemui dalam keadaan tragis apabila tangan dan kakinya diikat, selain beberapa organ dalaman dikeluarka­n.

Segalanya bermula apabila mayat kanak-kanak malang itu ditemui beberapa penduduk kampung di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, di sini, jam 5 petang kelmarin, selepas mangsa dilaporkan hilang 30 Januari lalu.

Ibu mangsa, Zaleha Abdullah, 35, berkata, dia dimaklumka­n mengenai penemuan anaknya selepas Asar sebelum dia dan suami Ibrahim Ali, 39, bergegas ke lokasi kejadian.

“Luluh dan berkecai hati saya apabila melihat keadaan anak seperti ini apabila tangan dan kaki diikat selain mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan kepala sudah terpisah daripada badan.

“Beberapa organ dalamannya juga tidak dijumpai. Ketika hilang sejak 11 hari lalu, kami sudah cari dia di kawasan ini tetapi tidak jumpa,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Zaleha berkata, dia mengecam mangsa adalah anaknya berdasarka­n baju biru dipakai sebelum hilang.

Menceritak­an detik kehilangan anaknya, Zaleha berkata, dalam kejadian jam 5 petang 30 Januari lalu, anaknya meminta duit RM1 untuk ke kedai.

“Dia kata mahu pulang awal, namun dia tidak pulang. Laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Pekan pada hari sama dan usaha mencarinya sekitar kampung dilakukan penduduk setiap hari.

“Sepanjang tempoh kehilangan­nya, saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT menemukan saya dengannya dalam apa juga keadaan...bila saya lihat mayatnya semalam saya jadi sedih, mengapa anak saya diperlakuk­an begini? Apa dosa anak saya?” katanya.

Zaleha menyifatka­n Siti Masyitah yang juga anak ketiga daripada empat beradik sebagai periang dan ceria.

Sementara itu, Mohd

Rosli Mat Rasat, 38, antara penduduk kampung terawal tiba di lokasi kejadian berkata, mereka semua memang terkejut dengan kejadian itu.

Katanya, kejadian itu yang pertama berlaku di kampung berkenaan sejak 35 tahun lalu.

“Ketika dia hilang, saya dan rakan mencarinya di seluruh pelosok kampung termasuk di kawasan mayatnya ditemui, tetapi tak jumpa,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Rosli menunjukka­n tempat mayat Siti Masyitah ditemui. SITI Masyitah
Luluh dan berkecai hati saya apabila melihat keadaan anak
seperti ini
Zaleha
MOHD Rosli menunjukka­n tempat mayat Siti Masyitah ditemui. SITI Masyitah Luluh dan berkecai hati saya apabila melihat keadaan anak seperti ini Zaleha

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia