Harian Metro

Diari anak dalam perut

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan @hmetro.com.my

 Mawar buka Instagram untuk bayi lahir Mac depan

Pelakon Mawar Rashid, 24, membuka akaun untuk anaknya yang dijangka dilahirkan pada pertengaha­n Mac depan.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan

Abdul Rashid berkata, akaun

itu akan digunakan sebagai diari anaknya untuk dikongsika­n dengan peminat.

“Saya dan suami akan membuka akaun

untuk anak kami. Namun, ia belum

lagi. Insya-Allah, apabila sudah bersalin kelak, saya akan kongsikan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Mawar, dia dan suami membuat keputusan membuka akaun itu untuk mengikuti peredaran zaman.

“Bagi kami, ini untuk memudahkan anak apabila mereka membesar kerana dalam zaman moden seperti hari ini di mana ramai orang menggunaka­n

sebagai diari. “Jadi, dari situ kami dapat berkongsi proses tumbesaran anak,” katanya.

Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf juga memberitah­u bahawa mereka tidak akan mengadakan majlis

seperti yang sering dilakukan selebriti tanah air. “Saya sendiri pun tak larat dan tak cukup tenaga untuk mengadakan majlis

Jadi, kami merancang untuk berikan lebih perhatian kepada majlis akikah kelak.

“Kami akan lebihkan adat kita dan kongsikan jantina bayi pertama kami pada hari kelahiran nanti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia