Harian Metro

Nana tak anggap Zaaim ‘juara semusim’

-

Kuala Lumpur: Penyanyi, Siti Nordiana Alias atau Nana tidak menganggap protege bimbingann­ya dalam Mentor 7, Zaaim sekadar layak bergelar ‘juara semusim’.

Ia berikutan nama Zaaim, 28, dilihat sepi selepas pemuda kelahiran Kedah itu dinobatkan juara Mentor 7 pada 4 Januari lalu.

Nana berkata, Zaaim sebenarnya tidak menyepi dalam karier nyanyian yang baru diceburi, tetapi dalam proses menyiapkan single pertama.

“Zaaim ada bakat dan sayang kalau ia tidak diketengah­kan sebaiknya. Apapun, yang saya tahu Zaaim akan muncul dengan single solonya.

“Namun, saya juga tak nafikan Zaaim agak kurang muncul dalam program hiburan sebaik pertanding­an Mentor 7 berakhir.

“Bagaimanap­un, ia tidak bermakna dia sudah sepi dan layak digelar juara semusim. Saya yakin, Zaaim ada rezekinya dalam bidang ini,” katanya.

Sehubungan itu, Nana yang beraksi bersama Jaclyn Victor di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 minggu lalu dengan lagu Nisan Cinta mengakui dia puas.

Meskipun tidak menang, Nana berkata, dia cukup gembira apabila kebanyakan peminatnya berpuas hati dengan persembaha­n ditampilka­n.

“Terus-terang, saya tidak berasa ralat atau kecewa pun apabila lagu Nisan Cinta tidak menang di AJL 33, baru-baru ini.

“Apa yang pasti, saya sudah gembira impian hampir 20 tahun yang tersimpan untuk beraksi di pentas AJL menjadi kenyataan,” katanya.

Mengulas perancanga­n 2019, Nana berkata, tidak lama lagi dia akan memperkena­lkan penyanyi baru yang bernaung di bawah syarikatny­a, SND Soul Entertainm­ent.

“Saya tidak sabar untuk memperkena­lkan bakat baru pertama daripada syarikat iaitu Shamimi dengan single solonya,” katanya.

 ??  ?? NANA
NANA
 ??  ?? ZAAIM
ZAAIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia