Harian Metro

Enam doktor, pakar forensik dipanggil

-

Kuala Lumpur: Inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Koroner di Shah Alam, bermula hari ini.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad itu akan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya yang juga pegawai pengendali inkues, Hamdan Hamzah bersama-sama Faten Hadni Khairuddin dan Zhafran Rahim.

Enam doktor dan pakar forensik, termasuk yang merawat Muhammad Adib di Institut Jantung Negara (IJN) dijangka dipanggil untuk memberi keterangan.

Mereka antara 30 saksi dalam inkues itu yang dijangka berlangsun­g 52 hari.

Saksi lain yang akan dipanggil ialah anggota bomba, polis, pasukan perubatan dan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Tujuan utama prosiding inkues adalah untuk menentukan punca kematian.

Ia berbeza dengan prosiding perbicaraa­n kes di mahkamah.

Dalam prosiding inkues kematian tidak ada pihak seperti pendakwa raya dan tertuduh (seperti dalam kes jenayah) atau plaintif dan defendan (dalam kes sivil).

Pada masa sama, tujuan inkues bukan untuk mengadili mana-mana individu yang dituduh melakukan kesalahan, tetapi untuk mengenal pasti punca kematian.

Pada prosiding lalu, Rofiah membenarka­n pihak berkepenti­ngan iaitu peguam bagi ahli keluarga dan peguam Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengemukak­an soalan.

Selain itu, peguam Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ialah, Mansoor Saat manakala Majlis Peguam yang diwakili Roger Chan Weng Keng dan Cyrus Tiu Foo Woei.

Dalam pada itu, Rofiah mengingatk­an semua pihak terutama berkepenti­ngan yang terbabit dalam prosiding itu menghormat­i mahkamah.

“Elakkan keluarkan kenyataan seperti yakin (Muhammad) Adib mati dalam keadaan tertentu,” katanya.

Rofiah berkata, tindakan itu seolah-olah pihak terbabit mendahului mahkamah sedangkan prosiding inkues belum bermula.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, ditemui parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarha­m menghembus­kan nafas terakhir pada 17 Disember di IJN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia