Harian Metro

Datuk nafi makan rasuah RM230,000

-

Johor Bahru: Bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, semalam, atas dua pertuduhan rasuah berjumlah RM230,000.

Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, 56, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan itu selepas ia dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh sebagai penjawat awam yang bertugas di FELDA didakwa menerima deposit tunai RM50,000 melalui akaun bank miliknya daripada syarikat pencetakan, Karya Hidayah Sdn Bhd.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Maybank Cawangan Kluang, Jalan Dato’ Haji Hassan, Kluang, pada 6 September 2013.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menerima sebidang tanah berkeluasa­n 0.1421 hektar bernilai RM180,000 di Lot 5876, Mukim Kota Tinggi daripada syarikat pencetakan terbabit.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Lombong, Kota Tinggi, pada 23 Mac 2014.

Pendakwaan

bagi

kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khazrin Haffiz Khalil menawarkan ikat jamin RM40,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Peguam Datuk Thrichelva­m dan Vincent Lawrence yang mewakili tertuduh tidak membantah jumlah ikat jamin yang dicadangka­n pihak pendakwaan.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 27 Mac ini bagi pengurusan kes.

Metro Ahad semalam melaporkan seorang bekas Ahli Parlimen di negeri ini ditahan SPRM di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 12.40 tengah hari kelmarin.

Beliau ditahan selepas disyaki menggunaka­n jawatannya ketika menjadi Ahli Lembaga Pengarah FELDA dengan mengambil tindakan mengesyor dan meluluskan pelantikan sebuah syarikat pencetakan yang mana beliau dipercayai mempunyai kepentinga­n bagi kerja penerbitan Akhbar 1Suara di FELDA dari 2012 hingga 2015 dianggarka­n bernilai lebih RM13 juta.

 ??  ?? NOOR Ehsanuddin dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.
NOOR Ehsanuddin dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia