Hubung Wisma Putra untuk maklumat lanjut
maklumat lanjut kenapa mereka ditahan dan apa sebabnya. Justeru, kita berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan khususnya Wisma Putra untuk mendapatkan maklumat lanjut.
“Ini kerana mereka berkomunikasi dengan rakan sejawat di sana dalam usaha memastikan rakyat kita yang ditahan dibawa balik dengan selamat. Setakat ini tiada maklumat yang kita terima,” katanya.
Beliau mengulas mengenai 47 rakyat Malaysia termasuk dikenal pasti sebahagian besar berasal dari Sabah dan Sarawak ditahan di Kemboja sejak 11 Disember lalu selepas menghadiri Majlis Tahun Baharu Cina Parlimen Sepanggar di sini, semalam.
Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman.
Pada 11 Disember lalu, 47 rakyat Malaysia dengan 44 daripadanya berasal dari Sarawak ditahan pihak berkuasa Kemboja atas dakwaan terbabit dalam kegiatan perjudian dalam talian di negara itu.
Difahamkan, semua individu terbabit diperdaya dengan tawaran kerja sebagai jurujual barangan elektrik jenama terkenal antarabangsa yang menawarkan gaji lumayan AS$100 (RM400) hingga AS$200 (RM800) sehari berserta tiket penerbangan dan tempat tinggal percuma, selain
peluang melancong.
Mereka hanya menyedari diperdaya ‘agensi pekerjaan’ didalangi sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa selepas rumah didiami di wilayah itu, 446 kilometer ke utara Phnom Penh diserbu pihak berkuasa Kemboja susulan maklumat risikan.
Hingga kini, semua tahanan tidak didakwa di mahkamah, malah boleh dikenakan tahanan tanpa bicara selama tiga tahun mengikut undang-undang negara itu.