Harian Metro

Tunjuk lagak malam minggu Polis selamat tiga wanita mangsa persundala­n

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

 Pelajar tingkatan lima antara enam ditahan polis melakukan aksi berbahaya di lebuh raya

Seorang pelajar tingkatan lima yang leka berlumba sambil melakukan aksi Superman bersama enam lagi lelaki tidak sempat meneruskan kehebatan masing-masing apabila ditahan dalam Op Samseng Jalanan dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ditahan, mereka didapati bersaing sesama sendiri dengan melakukan aksi ‘zig-zag’ dan sempat melakukan satu pusingan perlumbaan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) di sini.

Ketua JSPT Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, operasi bermula jam 1.30 pagi dan tamat jam 4 pagi itu dibuat susulan lokasi berkenaan kerap dijadikan medan perlumbaan dalam kalangan mat rempit di ibu negara.

Katanya, dalam operasi diketuai Pegawai Turus Penguatkua­saan JSPT Kuala Lumpur Deputi Superin- Kluang: Polis menyelamat­kan tiga wanita warga asing dipercayai dijadikan pelacur dalam satu serbuan di sebuah hotel di Jalan Datuk Raof di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, serbuan kira-kira jam 10 malam, Jumaat lalu itu dilakukan hasil maklumat orang ramai dan intipan pihaknya.

Beliau berkata, polis turut menyelamat­kan seorang lelaki warga asing di tempat kejadian.

Katanya, keempat-empat warga asing berusia 29 hingga 40 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang bagi membantu siasatan.

“Pada masa sama, kami menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dipercayai dalang kegiatan memperdaga­ngkan manusia melalui kegiatan pelacuran di bandar tendan Shafiee Ishak itu, tujuh lelaki berusia antara 17 hingga 27 tahun termasuk remaja terbabit ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

“Selain melakukan tindakan berbahaya seperti berlumba sesama sendiri, melakukan zig-zag dan Superman, tiga daripada lelaki berkenaan tidak memiliki lesen sah.

“Semua ditahan mengikut Seksyen 42 APJ 1987 ketika berlumba antara laluan Kampung Padang Balang dan Gombak di lebuh raya berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zulkefly berkata, selain Op Samseng Jalanan di Lebuhraya DUKE, JSPT Kuala Lumpur turut menjalanka­n Op Motosikal di dua lokasi iaitu di Jalan Pahang dan Jalan Raja Laut sempena Op Selamat 14.

Katanya, dalam operasi bermula jam 11 malam kelmarin dan tamat jam 1 pagi semalam, 414 saman dikeluarka­n.

“Kebanyakan kesalahan tidak memiliki lesen memandu, tiada cermin sisi, tiada lampu belakang, tiada signal, nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i selain tiada nombor pendaftara­n,” katanya. ini.

“Selain tangkapan, kami turut merampas 11 kondom, satu tiub pelincir, dua kad kunci bilik, sembilan telefon bimbit pelbagai jenama serta wang tunai RM436 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.

“Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, lelaki terbabit direman hingga 14 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagan­gan Orang (ATIP) 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mohd Abduh berkata, keempat-empat warga asing itu dihantar ke Pusat Perlindung­an di Johor Bahru (wanita) dan Pusat Perlindung­an di Melaka (lelaki) hingga 1 Mac depan.

Sementara itu, beliau berkata, dalam serbuan berasingan pada 1 Februari lalu, pihaknya menahan tiga wanita warga asing berusia 39 hingga 44 tahun yang turut disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran.

“Ketiga-tiga wanita terbabit ditahan hasil serbuan di sebuah unit Flat Haji Manan, di sini,” katanya.

 ??  ?? OP Motosikal di Jalan Pahang dan Jalan Raja Laut. ANGGOTA polis memeriksa penunggang motosikal.
OP Motosikal di Jalan Pahang dan Jalan Raja Laut. ANGGOTA polis memeriksa penunggang motosikal.
 ??  ?? TIGA wanita diselamatk­an anggota polis dalam serbuan ke atas sebuah hotel di Kluang.
TIGA wanita diselamatk­an anggota polis dalam serbuan ke atas sebuah hotel di Kluang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia