Harian Metro

Hisap sana balik sini

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Berhibur sambil melepaskan gian dadah di Hatyai dan Danok, Thailand sebelum pulang ke Malaysia.

Itu tindakan sekumpulan rakyat negara ini yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah, jam 9 malam Sabtu lalu.

Selain berhibur dan melepaskan gian, ada antaranya dikesan mendapatka­n bekalan dadah di negara jiran itu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkua­saan dan Keselamata­n AADK Zolkifli Mohd Dom berkata, dalam pemeriksaa­n itu, 27 individu berusia 20 hingga 35 tahun ditahan kerana positif dadah jenis syabu dan heroin.

“Operasi ini memfokuska­n pengguna jalan raya yang keluar masuk di sempadan Malaysia-Thailand dan kawasan sekitar Bukit Kayu Hitam. Kebanyakan mereka mengaku mengambil dadah ketika berada di Thailand dan ketika berhibur di sana,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, selain individu terbabit pihaknya menahan tiga lelaki berusia lingkungan 30 tahun dan merampas 64.8 gram dadah jenis syabu di sebuah rumah di Changlun, Kedah.

“Kumpulan ini dipercayai mendapatka­n bekalan dari negara jiran sebelum mengedarka­nnya untuk pasaran tempatan.

“Semua individu yang ditahan dibawa ke Pejabat AADK Bukit Kayu Hitam untuk pemeriksaa­n lanjut dan proses dokumentas­i,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

 Seramai 27 individu ditahan di sempadan mengaku ambil dadah ketika berada di Thailand

 ??  ?? P E NG G U NA yang keluar masuk di sempadan Malaysia-Thailand dan kawasan sekitar Bukit Kayu Hitam diperiksa.
P E NG G U NA yang keluar masuk di sempadan Malaysia-Thailand dan kawasan sekitar Bukit Kayu Hitam diperiksa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia