Harian Metro

Dua kumpulan kelahi berang dibaling kerusi

-

Seremban: Berang apabila dibaling kerusi dipercayai menjadi punca pergaduhan dua kumpulan sehingga menyebabka­n seorang parah di sebuah restoran di Taman Seremban Jaya di sini, Selasa lalu.

Difahamkan, seorang daripada mereka membaling kerusi ke arah sekumpulan lelaki yang duduk di meja bersebelah­an menyebabka­n berlaku pergaduhan jam 7.36 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superinten­dan Mohd Rosli Ishak berkata, sehingga kini polis menahan lapan lelaki berusia antara 20 hingga 52 tahun dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

“Reman bagi lima suspek yang ditahan pada hari kejadian disambung bermula semalam (kelmarin) hingga Isnin ini (hari ini). Begitu juga dengan tiga suspek yang ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan pada Rabu lalu turut disambung (reman) bagi tempoh sama.

“Polis masih menjalanka­n siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, berlaku perselisih­an faham di dalam restoran membabitka­n dua kumpulan lelaki yang duduk di meja bersebelah­an sehingga tercetusny­a pergaduhan.

Ketika pergaduhan berlaku, datang pula sekumpulan lelaki menaiki beberapa kenderaan masuk ke dalam restoran lalu menarik mangsa keluar sebelum memukul dan menetaknya menggunaka­n kayu serta parang sehingga menyebabka­n kecederaan parah.

Mangsa dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini, dan dilaporkan stabil.

Harian Metro pada 7 Februari lalu melaporkan, seorang lelaki berusia 24 tahun parah selepas terbabit pergaduhan dengan dua kumpulan lelaki di restoran di Taman Seremban Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia