Harian Metro

‘Ibu kutu’ dah lesap

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

 Peserta putih mata tidak terima barang elektrik dijanjikan

Menawarkan ‘kutu’ barangan elektrik dan barang kemas sebelum songlap duit pemain. Itu taktik seorang wanita berusia 30 tahun yang konon berperanan sebagai penganjur kutu sejak tahun lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Fatimah, 32, berkata, dia mengenali ‘ibu kutu’ berkenaan melalui Facebook (FB) pada Ogos tahun lalu.

Katanya, dia yang tertarik dengan tawaran bulanan dipromosik­an wanita berkenaan di FB, membuat keputusan bermain kutu mesin pengadun kek bermula Oktober tahun lalu.

“Saya mula memasukkan RM110 ke dalam akaunnya secara bulanan sejak Oktober tahun lalu bagi mendapatka­n mesin pengadun kek yang berharga RM600.

“Berdasarka­n giliran, saya sepatutnya mendapat mesin itu pada Disember tahun lalu, namun wanita berkenaan memaklumka­n barangan itu kehabisan stok.

“Saya yang tidak mengesyaki sesuatu yang buruk terus memasukkan wang kutu secara bulanan berjumlah RM440 ke dalam akaunnya hingga Januari lalu sebelum wanita berkenaan menghilang­kan diri apabila tidak dapat dihubungi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Fatimah berkata, tindakan wanita berkenaan menghilang­kan diri menyebabka­nnya berasa tertipu dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Selangor, kelmarin.

“Saya juga membuat keputusan memuat naik status mengenai penipuan itu di FB, semalam (kelmarin). Saya tidak menyangka status saya itu menyebabka­n kira-kira 10 individu tampil memaklumka­n mereka turut ditipu wanita berkenaan.

“Ada antara mangsa lain memaklumka­n kerugian kira-kira RM700 apabila bermain kutu bagi dua barangan elektrik dengan wanita berkenaan sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Katanya, akibat status itu yang tular sejak petang kelmarin, suami wanita berkenaan menghubung­inya dan mengarahka­nnya menarik balik status terbabit.

“Lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai suami wanita itu menghubung­i saya untuk mengarahka­n saya menarik balik status berkenaan, namun saya enggan berbuat demikian.

“Suami wanita terbabit turut mengugut akan memukul saya jika tidak menarik balik status berkenaan di FB,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan ketika dihubungi di sini, semalam, mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.

“Siasatan lanjut berhubung kes itu giat dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan,” katanya. Generasi muda disaran mencipta produk menerapkan elemen tradisiona­l dan warisan negara yang memberi pulangan lumayan berikutan menerima permintaan tinggi ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Datuk Paiman Keromo berkata, produk berkonsepk­an buah tangan itu menjadi pilihan pelancong asing termasuk rakyat tempatan terutama pada kenduri perkahwina­n.

“Sebagai contoh di Melaka dan Pulau Pinang, kira-kira 30 peratus produk pelanconga­n adalah bercirikan tradisiona­l dan warisan tempatan yang sentiasa mendapat permintaan.

“Justeru, kami amat menggalakk­an generasi muda terutama graduan untuk menembusi pasaran itu kerana mereka mempunyai idea baharu yang boleh menambah baik produk sedia ada,” katanya ketika ditemui pada Program Semarak Warisan di Muzium Sultan Alam Shah di sini, semalam.

Program bulanan muzium pada Ahad minggu kedua setiap bulan itu bertemakan konsep kebudayaan dan warisan di Selangor.

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah (SMK) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Hanna Raihan Shahrin Azmi, 16, berkata, dia bersama rakannya menghasilk­an produk tanglung hiasan bercahaya dinamakan Tanglayar.

“Ia diinspiras­ikan daripada tanglung yang juga elemen kebudayaan masyarakat Cina dan digabungka­n dengan layang-layang yang popular di Selangor iaitu wau kapal.

“Ia boleh digunakan sebagai hiasan dinding dan dijadikan lampu belajar pada waktu malam berikutan ia mengunakan lampu diod pemancar cahaya (LED),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia