Harian Metro

Sudah 10 tahun bumbung flat bocor

-

Klang: Lebih 1,000 penduduk pangsapuri kos rendah Bukit Tinggi Fasa 4, Bandar Bukit Tinggi di sini, merayu pihak bertanggun­gjawab menyelesai­kan masalah bumbung bocor dan rosak yang dihadapi mereka sejak 10 tahun lalu.

Malah, bumbung kediaman di tingkat paling atas pula sudah rosak teruk berikutan reput sehingga ada penduduk yang terpaksa berpindah.

Seorang penduduk, Selan Andon, 70, berkata, masalah bumbung bocor di rumahnya itu timbul selepas suaminya meninggal dunia sejak lapan tahun lalu.

“Mak cik sudah tua dan sering kali mengalami sakit pinggang akibat mengangkat baldi berisi air dan mengelap lantai setiap kali hujan.

“Yuran penyelenga­raan RM50 sebulan juga terbeban.

“Sebelum ini memang ada orang membaikiny­a apabila aduan dibuat. Namun, kini kami diminta melakukann­ya sendiri,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Menurutnya yang menetap di situ sejak 18 tahun lalu, dia kini hanya bergantung bantuan RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Bagi pesara, R Muniandi, 68, dia kerugian hampir RM10,000 berikutan beberapa kali menukar televisyen dan perabot yang rosak akibat kebocoran itu.

“Hati kami sekeluarga tidak tenang apabila melihat cuaca mendung dan hujan. Jika kami berada di luar, kami akan segera pulang kerana bimbang barangan rosak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) pangsapuri berkenaan, Abdullah Jamrid berkata, pihaknya sudah memaklumka­n perkara terbabit kepada pihak berkaitan.

“Namun sehingga kini masih tiada maklum balas,” katanya.

 ??  ?? BUMBUNG bocor sejak sekian lama tidak dibaiki.
BUMBUNG bocor sejak sekian lama tidak dibaiki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia