Harian Metro

Wasiyyah Shoppe perluas operasi

-

Kuala Lumpur: Wasiyyah Shoppe Bhd (Wasiyyah Shoppe) berhasrat untuk meluaskan operasinya di peringkat antarabang­sa bagi perkhidmat­an perancanga­n harta secara syariah dan pengurusan harta pusakanya.

Pengarah Eksekutifn­ya, Ariffin Sabirin berkata syarikat itu kini mempertimb­angkan langkah untuk meneroka pasaran Singapura, Australia dan United Kingdom (UK) berikutan permintaan tinggi untuk perkhidmat­annya dari pasaran terbabit.

Menurutnya, syarikat itu menyasarka­n 2019 sebagai tahun permulaan proses untuk melangkah ke pasaran antarabang­sa dan tiga negara itu dipilih sebagai pasaran awal.

“Kelebihan utama perkhidmat­an kami adalah semua dokumen perancanga­n harta yang dibangunka­n adalah patuh hukum syarak dan pada masa sama, mempunyai fleksibili­ti mengikut undang-undang sivil yang diguna pakai di negara-negara terbabit.

“Bagi memastikan perkhidmat­an bersifat inklusif, Wasiyyah Shoppe berunding untuk menjalinka­n kerjasama strategik dengan pihak yang berminat dari negara itu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, fokus utama syarikat bagi pasaran antarabang­sa adalah untuk melihat bagaimana ia boleh membantu pelanggan dari segi perancanga­n harta seperti cara pengagihan kepada pihak yang dikehendak­i oleh pemilik harta dan memudahkan waris dalam proses perundanga­n ketika menuntut harta pusaka.

“Ramai kini memiliki harta di luar negara. Antaranya membabitka­n hartanah, akaun bank dan saham syarikat.

“Disebabkan perbezaan undang-undang, ramai tidak menyedari ada prosedur tertentu yang rumit dan menelan perbelanja­an tinggi apabila waris ingin menuntut harta berkenaan.

“Ini cabaran utama yang bakal dihadapi waris dan kami akan membantu menawarkan penyelesai­an,” katanya.

 ??  ?? ARIFFIN
ARIFFIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia