Harian Metro

Asah diri sebagai pemimpin

-

MPP ‘gelanggang’ paling signifikan bagi mahasiswa pupuk karisma memimpin

“Lebih banyak aktiviti disertai dan jawatan dipegang, bermakna mahasiswa itu seorang yang bertenaga serta mampu berdaya saing jika diberikan tanggungja­wab.

“Alangkah ruginya jika mahasiswa tidak menggunaka­n saluran yang betul untuk menyampaik­an pandangan kerana pelbagai ruang dan peluang disediakan di universiti untuk membolehka­n mereka bergiat aktif,” katanya.

Dalam konteks pembanguna­n sahsiah dan kewibawaan mahasiswa pula, kata Dr Ghazali, saban tahun diadakan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang menjadi sebahagian daripada tanggungja­wab Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA).

Lebih menarik pada tahun ini, mahasiswa diberi peluang menguruska­nnya bersama-sama pegawai universiti dan perkara itu mencermink­an ketelusan.

“MPP menjadi ‘gelanggang’ paling signifikan bagi mahasiswa memperjuan­gkan hak dan kebajikan mereka.

“Penganjura­n pemilihan MPP menjadi bukti universiti memerlukan mahasiswa yang memiliki karisma dalam kepemimpin­an untuk menyampaik­an suara pelajar kepada pengurusan atasan secara berhemah dan beretika.

“Ini bermakna, ketika di universiti mereka dididik untuk menyampaik­an mesej dan berhujah secara berhemah, malah menghormat­i pengurusan universiti. Budi bahasa dan akhlak tetap menjadi ukuran walaupun memiliki tahap akademik yang cemerlang,” katanya.

Beliau berkata, keseluruha­n universiti tidak bersifat autokratik terhadap mahasiswa, sebaliknya menerima idea dan pandangan yang bernas demi kemajuan universiti serta sama-sama menggapai impian.

“Selain MPP, mahasiswa turut disaran aktif di peringkat kolej kediaman. Setiap kolej terdapat jawatankua­sa pelajarnya sendiri dan puluhan aktiviti dianjurkan.

“Setiap program dijalankan bertujuan untuk meningkatk­an kemahiran insaniah pelajar terutama dari sudut kepemimpin­an dan pengucapan.

Mahasiswa perlu proaktif serta dinamik menyertai pelbagai aktiviti,” katanya.

Dr Ghazali berkata, jika memiliki akademik cemerlang tetapi tidak

 ??  ?? MPP membentuk kepemimpin­an yang
berwibawa.
MPP membentuk kepemimpin­an yang berwibawa.
 ??  ?? PELBAGAI pusat kemahiran disediakan untuk pelajar yang ingin menyambung pengajian.
PELBAGAI pusat kemahiran disediakan untuk pelajar yang ingin menyambung pengajian.
 ??  ?? KEMAHIRAN komunikasi penting dalam meningkatk­an
keyakinan pengucapan.
KEMAHIRAN komunikasi penting dalam meningkatk­an keyakinan pengucapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia