Harian Metro

9 cara untuk hamil

-

Ovulasi adalah salah satu faktor utama dalam kesuburan. Setiap wanita (haid normal) mempunyai kira-kira enam hari dalam kitaran haid yang dipanggil waktu subur. Ketika ini, peluang untuk hamil lebih tinggi.

Jika seseorang itu mempunyai masalah untuk hamil, haid tidak tetap atau tidak dapat bersama suami dengan kerap, penting untuk mengetahui tempoh subur dirinya.

Bagaimanap­un, menetapkan masa untuk seks supaya berlaku pada hari yang subur boleh membuatkan wanita lebih tertekan. Yakinlah seks yang kerap sepanjang kitaran haid sudah cukup untuk meningkatk­an peluang hamil.

Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan untuk meningkatk­an kesuburan bagi pasangan yang sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata.

1. Pastikan berat bersesuaia­n dengan ketinggian. Cuba kira

BMI (body mass index) anda. Pastikan BMI berada dalam lingkungan 19 hingga 24. Sekiranya terlalu kurus atau mempunyai berat badan berlebihan, ia boleh mengurangk­an tahap kesuburan anda.

2. Amalkan gaya hidup sihat. Keduadua pasangan perlu mengelakka­n tabiat merokok atau makan berlebihan. Cuba bersenam sekurangku­rangnya tiga kali seminggu.

3. Lakukan hubungan seks sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Cubalah posisi berlainan untuk mengelakka­n rasa bosan. Perlu diingat bahawa tidak ada bukti saintifik yang menunjukka­n posisi seks tertentu boleh meningkatk­an kadar kehamilan.

4. Perhatikan diet anda. Pastikan anda mengambil makanan seimbang. Lebihkan hidangan tinggi serat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni (kuning, oren atau merah). Pastikan anda mengambil sumber protein dan kalsium.

5. Ambil asid folik sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil. Asid folik boleh membantu meningkatk­an kesuburan dan mengurangk­an risiko kecacatan tulang belakang bayi.

6. Ketahuilah waktu subur. Ini bersesuaia­n bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Ketahui waktu subur untuk meningkatk­an peluang hamil. Muat turut aplikasi bersesuaia­n di telefon bimbit dan kemas kini mengikut keperluan.

Ada banyak aplikasi yang memaparkan kalendar dan berupaya membantu anda mengira waktu subur tanpa perlu bersusah payah mencatat nota di kertas.

7. Elakkan atau kurangkan kopi. Cuba tukar kepada teh hijau yang mengandung­i antioksida­n dan elok untuk meningkatk­an kesuburan.

8. Sentiasa kekal positif. Cuba kurangkan tekanan. Amalkan zikir dan rutin kecergasan bersesuaia­n.

9. Berjumpala­h doktor untuk mendapatka­n nasihat. Bawa sekali catatan kitaran haid untuk rujukan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia