Harian Metro

Elemen Melayu, Cina

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Muafakat rakyat di Malaysia tidak pernah hilang setiap kali tiba musim perayaan. Kanakkanak riang berbaju kurung, mengenakan kurta, sari, cheong sam, bahkan apa saja busana tradisi yang dirasakan selesa. Tiada prejudis asalkan cantik dan menarik pada pandangan.

Tahun Baharu Cina melewati kalendar

2019. Sambutanny­a melambangk­an permulaan dalam kehidupan. Sebelum tibanya tahun baru, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul.

Rumah dicuci dan segala hutang-piutang dikutip serta dibayar. Mercun dibakar pada tengah malam sebagai tanda bermulanya tahun baru. Rumah pula dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki.

Lazimnya, Tahun Baharu Cina diraikan dengan yee sang dan kuih bakul. Seluruh keluarga akan menikmati makan besar. Hidangan tradisi seperti daging itik, daging salai, kuih pulut dan limau mandarin menjadi hidangan wajib.

Ketika inilah golongan muda menziarahi yang tua. Wang angpau dalam sampul merah kuning bertukar tangan. Merah dianggap nasib baik sementara kuning dan emas menandakan tuah.

Begitulah antara terjemahan dibawakan jenama pakaian kanakkanak eksklusif, Pokoks kali ini. Setiap rekaannya tidak pernah gagal mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak.

Keletah anak kecil berlari ke sana ke mari sambil menjerit kegirangan. Si dara kecil pula mengaut limau untuk diagih sesama teman. Meriahnya sambutan Tahun Baharu Cina dikongsi dengan sesiapa saja.

Pengasas dan pereka fesyen Pokoks, Kim Jessica berkata, koleksi Limau diperkenal­kan khusus untuk meraikan tahun baru. Ia menghimpun­kan elemen campuran, sekali gus menonjolka­n nilai muafakat yang kian dilupakan.

“Untuk koleksi ini, kami menggabung­kan elemen pakaian Melayu dalam setiap helaian pakaian tradisiona­l Cina. Ia umpama terjemahan mengenai cara Malaysia meraikan sambutan Tahun Baru Cina.

“Tema limau dipilih seiring dengan tradisi. Memberi limau sepanjang musim perayaan ini dipercayai membawa lebih kebahagiaa­n dan kemakmuran pada masa akan datang.

“Rasa manis dan masam limau juga disukai masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa dan budaya. Kami percaya limau juga melambangk­an masyarakat berbilang budaya dan harmonis di Malaysia,” katanya.

Mengekalka­n tanda pengenalan jenamanya sebagai pengeluar pakaian selesa untuk kanak-kanak, koleksi baru ini memberikan kebebasan penuh untuk si pemakainya bergerak lincah.

Koleksi Limau adalah

100 peratus kain kapas. Fabrik itu bukan saja selesa malah sesuai dengan cuaca tempatan yang tidak menentu.

 ??  ?? PILIHAN selesa buat kanakkanak. SESUAI untuk pelbagai acara dan perayaan.
PILIHAN selesa buat kanakkanak. SESUAI untuk pelbagai acara dan perayaan.
 ??  ?? MERAH terang tonjol kemeriahan.
MERAH terang tonjol kemeriahan.
 ??  ?? RONA kuning sebagai simbol tuah.
RONA kuning sebagai simbol tuah.
 ??  ?? TAMPAK
comel dan unik.
TAMPAK comel dan unik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia