Harian Metro

DAHULUI 3 PUKULAN

- Reuters

Paul Casey mendahului Phil Mickelson dengan tiga pukulan selepas pusingan ketiga kejohanan Pro-Am Pebble Beach dalam Jelajah PGA AS awal pagi semalam, kelebihan yang diharap mampu menafikan impian pemain Amerika Syarikat itu merangkul gelaran buat kali kelima.

Memulakan permainan dengan berkongsi kedudukan pendahulu bersama empat pemain, Casey akhirnya menjarakka­n diri selepas mencatat lima bawah par 67 di Spyglass Hill untuk mengumpul keseluruha­n 15 bawah par 200.

Casey yang menamatkan kemarau sembilan tahun tanpa kemenangan dengan merangkul Kejuaraan Valspar di Florida, Mac lalu, kini hanya satu pukulan di depan Tiger Woods dan Patrick Reed.

“Saya mahukan satu lagi kemenangan,” kata Casey. “Ia jelas sekali.

“Saya mahu mencari sebanyak mungkin peluang musim ini dan satu sudah didapati minggu ini. Saya menikmatin­ya dan sudah tidak sabar menunggu esok.”

Sementara itu, Mickelson mencatat 70 pukulan untuk mengumpul keseluruha­n 12 bawah par, dengan dia perlu bekerja keras pada pusingan akhir untuk menyamai pencapaian Mark O’Meara memenangi kejohanan itu sebanyak lima kali.

Pemain Amerika Syarikat, Lucas Glover dan Scott Piercy pula satu pukulan di belakangny­a.

Angin kuat dan hujan sekali-sekala menjadi ujian buat pemain dan Casey sedar cuaca boleh mencipta elemen tuah.

“Anda tidak boleh mengawal cuaca. Anda hanya boleh berdoa dan harapnya anda berada di tempat yang baik di lapangan pada masa yang tepat,” katanya.

Ketika semua sudah bermain ketiga-tiga lapangan, mereka akan kembali beraksi di Pebble Beach pada pusingan akhir yang mana Mickelson menjadi pilihan utama penonton.

Tiga belas daripada 43 kemenangan­nya dalam jelajah hadir di tempat kelahirann­ya California dan satu lagi kejayaan akan menyamai catatan jumlah musuh tradisinya Woods di Golden State.

 Casey pintas Mickelson selepas pusingan ketiga Pro-Am Pebble Beach dalam Jelajah PGA AS

 ??  ?? CASEY beraksi ketika pusingan ketiga Pro-Am Pebble Beach dalam Jelajah PGA AS.
CASEY beraksi ketika pusingan ketiga Pro-Am Pebble Beach dalam Jelajah PGA AS.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia