Harian Metro

BANGKIT TERAJU TAKHTA

Klopp puji semangat juang pemain benam Bournemout­h

-

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp memuji aksi bertenaga yang dipamerkan pemainnya hingga membolehka­n The Kop mencatat kemenangan di Anfield selepas dua keputusan seri pada saingan Liga Perdana Inggeris.

Liverpool berjaya memperoleh tiga mata selepas menewaskan Bournemout­h 3-0 malam kelmarin sekali gus kembali ke puncak liga merampas kedudukan juara bertahan Manchester City.

Tuan rumah menghasilk­an jaringan pembukaan menerusi Sadio Mane yang menerima umpanan James Milner pada minit ke-24, diikuti jaringan cantik Georginio Wijnaldum pada minit ke-34 sebelum pemain terbaik tahun lalu, Mohamed Salah melengkapk­an kemenangan selesa pada minit ke-48.

“Kami sedar tidak gembira dengan keputusan seri dengan Leicester dan West Ham dalam dua perlawanan lalu. Kami bertungkus-lumus untuk mencatat kemenangan.

“Banyak perkara yang kami lakukan untuk mengatasin­ya. Kami mempunyai harapan yang tinggi dan hari ini kami berjaya mencapainy­a dengan persembaha­n luar biasa di tengah padang.

“Itu reaksi yang kami mahu tunjukkan. Kami menelitiny­a dan mahu bermain dengan lebih meyakinkan dan beraksi lebih baik,” kata Klopp.

“Mentaliti pemain ini antara faktor yang membawa kejayaan pasukan ini. Rekod jaringan Mo (Salah) sangat baik tapi persembaha­nnya juga menakjubka­n.

“Ini kualiti bola sepak yang ada padanya. Dia terbabit dalam semua pergerakan, kadang-kadang turun membantu pertahanan dan begitulah cara yang dia perlu lakukan,” kata Klopp.

Jurulatih Bournemout­h, Eddie Howe pula berasakan Liverpool turut disokong tuah bakal juara apabila diberitahu oleh kakitangan kejurulati­hannya bahawa gol pembukaan hasil tandukan Mane sepatutnya dibatalkan pengadil kerana ofsaid.

“Ia saat yang penting. Kami bersedia untuk mengecewak­an mereka dan berjaya menutup ruang hingga gol pertama. Ia sepatutnya ofsaid, ia mengubah permainan.

“VAR (penolong pengadil video) dapat membantu dalam situasi itu dan saya rasa ia menguntung­kan semua pihak. Gol begitu jelas ofsaid dan kami patut mendapat keputusan yang tepat.”

 ??  ?? SALAH (kiri) lenyap semangat kebangkita­n Bournemout­h dengan
meledak gol ketiga Liverpool.
MANE
SALAH (kiri) lenyap semangat kebangkita­n Bournemout­h dengan meledak gol ketiga Liverpool. MANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia