Harian Metro

Bamba dedikasi jaringan buat Sala

-

London: Kapten Cardiff City, Sol Bamba mendedikas­ikan jaringanny­a

dan kemenangan 2-1 ke atas Southampto­n kepada Emiliano Sala selepas aksi perlawanan penuh emosi bagi kelab Wales itu.

Perlawanan malam kelmarin adalah yang pertama selepas kematian pemain Liga Perdana Inggeris itu disahkan minggu lalu.

Mayat penyerang Argentina itu disahkan pihak berkuasa Khamis lalu, sehari selepas penemuan mayat bersama rangka kapal terbang di dasar laut.

“Banyak perkara yang berlegar di

fikiran saya. Saya mengenali Emiliano (Sala). Saya tahu dia sedang memerhati kami. Kejayaan dan jaringan ini adalah untuknya,” kata Bamba.

Pesawat ringan yang membawa Sala dari Nantes, Perancis ke kelab barunya, Cardiff hilang berhampira­n Pulau Guernsey pada Januari 21 lalu. Mayat juruterban­g David Ibbotson masih tidak ditemui.

Keluarga Sala melancarka­n kempen derma untuk menjalanka­n operasi mencarinya.

Cardiff diberikan kebenaran oleh Liga Perdana Inggeris untuk memakai jersi dengan cetakan logo bunga dafodil berwarna kuning iaitu lambang kebangsaan Wales dan warna pasukan Nantes.

Pertahanan Ivory Coast, Bamba menghasilk­an gol pendahulua­n Cardiff pada minit ke-69 sebelum Southampto­n menyamakan kedudukan pada minit akhir menerusi Jack Stephens namun Kenneth Zohore memastikan kemenangan Cardiff pada minit ke-93. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia