Harian Metro

Melaka kehilangan dua tonggak

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Shah Alam: Melaka United mungkin terpaksa melupakan khidmat dua tonggaknya untuk perlawanan akan datang apabila seorang lagi pemain Ahmad Khuzaimi Piee diusung keluar selepas mengalami kecederaan serius pada perlawanan menentang PKNS di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan berkata, sebelum ini pasukan itu terpaksa mengugurka­n pemain import Darko Markovic dalam kesebelasa­n utama bagi dua perlawanan sebelum ini kerana kecederaan.

Namun, pemain pertahanan Khuzaimi mungkin mengikut jejak langkah Markovic apabila terpaksa berehat untuk perlawanan akan datang apabila mengalami kecederaan, sekali gus Zainal perlu mencari pengganti bagi memantapka­n pasukan.

“Sebelum ini, dua perlawanan kami terpaksa lupakan khidmat Darko yang masih menjalani rawatan susulan kecederaan ketika sesi latihan.

“Malam tadi (kelmarin), Khuzaimi pula cedera dan harapnya tidaklah begitu serius dan boleh bermain untuk perlawanan nanti, namun kena tunggu selepas dia menjalani rawatan,” katanya.

Khuzaimi terpaksa diusung keluar pada minit ke-70 sebelum diganti dengan Ramzi Haziq Mohamad.

Sementara itu, Zainal berkata, gandingan mantap pemain tengahnya Liridon Krasniqi dan Safiq Rahim mampu merencanak­an serangan ke kubu lawan secara menyeluruh.

“Anda boleh lihat gandingan Liridon dan Syafiq menghasilk­an corak permainan yang baik dan boleh membantu pasukan meraih gol,” katanya.

 ??  ?? KHUZAIMI (kanan) alami kecederaan serius ketika menentang PKNS, kelmarin.
KHUZAIMI (kanan) alami kecederaan serius ketika menentang PKNS, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia