Harian Metro

Sisi gelap bilik persalinan

Wakil bookie letak wang taruhan dalam almari pakaian pemain Bookie tunggu tepi padang, saat akhir mungkin tak muncul

- Firdaus Hashim dan Syazwan Msar sukan@hmetro.com.my

“Mereka (bookie) ada kumpulan tertentu dalam setiap pasukan dan akan menghubung­i wakil untuk urusan mengatur perlawanan,” kata bekas pemain era 90-an yang pernah terpalit dengan isu rasuah.

Dia yang pernah mewakili pasukan di utara tanah air berkata, bookie akan menghantar ejen masing-masing untuk menghubung­i pemain bagi urusan itu dan pembayaran akan dilakukan apabila kedua-dua pihak mendapat persetujua­n.

Katanya, setiap pemain yang bersetuju ‘menjual perlawanan’ akan memperoleh antara RM2,000 hingga RM5,000 bergantung kepada kedudukan pasukan serta perlawanan itu.

“Mengatur perlawanan bukan saja untuk kalah, namun pasukan yang menang pun akan memperoleh habuan, namun tak banyak.

“Wakil bookie akan menunggu di tepi padang untuk meninjau perlawanan itu, namun ada sesetengah perlawanan mereka boleh mengubahny­a pada saat akhir,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Laporan eksklusif Arena Metro mendedahka­n pengakuan seorang bekas pemain yang sebelum ini beraksi di Liga Perdana pernah didekati bookie selepas mengetahui kemelut tunggakan gaji yang dialami pasukannya.

Sementara itu, seorang lagi bekas pemain era 90-an yang pernah terpalit dengan isu rasuah berkata, wang pertaruhan tidak akan dimasukkan ke dalam akaun pemain kerana dibimbangi akan dikenakan tindakan.

Dia yang pernah menyarung jersi pasukan di Lembah Klang berkata, ada antara wakil bookie akan meletakkan wang dalam almari pakaian pemain di bilik persalinan.

“Kebiasaann­ya wakil bookie akan duduk berhampira­n dengan tempat pemain untuk memberi isyarat bagi mengatur perlawanan.

“Ada antara mereka akan memakai pakaian berwarna merah atau biru yang mempunyai maksud tertentu dan pembayaran akan diberikan kepada ketua kumpulan dalam pasukan sebelum diagihkan kepada pemain,” katanya.

Ejen atau wakil bookie adalah individu yang arif mengenai bola sepak tanah air atau mereka yang rapat dengan pemain supaya mudah untuk mengatur perlawanan, jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia