Harian Metro

ADIB TIDAK DILANGGAR

Saksi ketiga inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, mengesahka­n Allahyarha­m berada di sebelahnya di dalam van EMRS ketika kenderaan itu dilanggar jentera bomba yang mengundur sejurus diserang 50 lelaki. Ahmad Shahril Othman berkata, ket

- Shah Alam

A

nggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kasim masih berada di dalam van Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) ketika jentera Fire Rescue Tender

(FRT) berundur dalam kejadian diserang sekumpulan orang awam di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya, pada 27 November tahun lalu.

Pemandu van EMRS, Ahmad Shahril Othman, 36, berkata ketika jentera FRT berkenaan berundur ia seolah-olah menolak kenderaan yang sedang dipandunya.

Beliau yang juga pegawai perubatan berkata, ketika itu Muhammad Adib berada di sebelahnya dan mereka berkomunik­asi ketika itu.

“Saya masih berkomunik­asi dengan Muhammad Adib di dalam van EMRS itu dan sempat berkata ‘lajunya si Azim’ (Mohd Hazim Mohd Rahimi), anggota bomba yang ketika itu keluar daripada jentera FRT untuk mengambil alat memadam kebakaran.

“Namun, dia (Muhamad Adib) tidak menjawab sepatah pun,” kata saksi ketiga inkues kematian Muhammad Adib ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah.

Menceritak­an lanjut keadaan ketika itu, beliau berkata Muhammad Adib hanya tercengang dan tangan kanannya memegang papan pemuka hadapan kereta dan tangan kiri diletakkan di pintu van.

Terdahulu, saksi itu berkata, pada hari kejadian apabila sampai di lokasi kebakaran, beliau melihat sekumpulan orang ramai berada di kiri dan kanan van itu manakala kebakaran berlaku di sebelah kiri.

HAMDAN: Apakah reaksi kamu berhubung keadaan di sana?

AHMAD SHAHRIL:

Keadaan riuh rendah

HAMDAN: Apa butir (percakapan)?

AHMAD SHAHRIL: Tak

dengar.

HAMDAN: Kemudian?

AHMAD SHAHRIL:

Kemudian, saya melihat anggota bomba, Mohd Hazim Mohd Rahimi keluar di pintu kanan jentera ke bahagian loker di sebelah kiri belakang kenderaan itu

HAMDAN: Mengambil apa?

AHMAD SHAHRIL: Alat bagi memadam kebakaran, gegelungpa­ip air

HAMDAN: Ketika itu Mohd Hazim memakai baju apa?

AHMAD SHAHRIL: Mohd Hazim memakai fire jacket yang kebiasaann­ya dipakai anggota bomba ketika memadam kebakaran.

Mengulas lanjut, beliau berkata, namun belum sempat Mohd Hazim menarik gegelung paip itu, beliau diserbu sekumpulan orang awam dan tidak nampak kelibatnya selepas itu.

Menurutnya, beliau tidak tahu ke mana dia (Hazim) pergi, tetapi nampak orang awam menghala ke arah belakang EMRS dari kedua-dua arah.

“Malah, ketika FRT mengundur dan melanggar bahagian depan EMRS, secara tiba-tiba ada sekumpulan orang awam dari sisi pemandu mengetuk cermin dan cuba membuka pintu,” katanya.

Sementara itu, saksi kedua yang juga pemandu jentera FRT Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Md Elliza Mohd Noor berkata, jenteranya diserang sekumpulan 50 lelaki ketika tiba untuk memadam kebakaran sebuah kereta di Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November lalu.

Ia menyebabka­n penyelia operasi memerintah­kan anggotanya supaya tidak keluar dari kenderaan berkenaan, atas faktor keselamata­n.

Dia berkata, sebaik tiba di lokasi, kumpulan lelaki terbabit dilihat menghampir­i jentera dan menjerit supaya bomba pulang dan tidak memadamkan kebakaran di kawasan kuil berkenaan.

“Sampai di lokasi, saya tak lakukan tugas sebagai pump operator kerana ada pergerakan sekumpulan lebih 50 orang datang sambil jerit ‘jangan padamkan kebakaran itu, sambil menuju ke jentera kami.’

“Tak sampai lima hingga 10 saat, saya dapati ketukan pertama di cermin depan dan diikuti balingan objek seperti batu-bata dan helmet.

“Saya dapat lihat dua atau tiga orang awam berlari di sebelah kiri jentera saya ke arah belakang dan saya tak tahu untuk tujuan apa,” katanya.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan pegawai pengendali,

Hamdan Hamzah pada hari pertama inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Koroner di sini.

Md Elliza berkata, akibat ketukan berkenaan, cermin jentera FRT menjadi retak, pecah dan ‘lembik’.

Terdahulu, saksi sama berkata, operasi memadamkan kebakaran kereta di kuil berkenaan

membabitka­n sebuah jentera FRT dengan kekuatan tujuh anggota termasuk penyelia dan sebuah van EMRS yang dinaiki dua orang termasuk Muhammad Adib.

Kedua-duanya dari BBP Subang Jaya.

Ketika ditanya Hamdan sama ada dia melihat dua anggota bomba keluar dari kenderaan, Md Elliza berkata, dia tidak tahu kerana matanya ketika itu melihat pergerakan orang awam yang meluru ke arah jentera dipandunya.

HAMDAN: Apa kamu dengar daripada orang awam yang datang?

MD ELLIZA: Orang awam jerit jangan padam kebakaran itu, dia cakap bomba balik, jangan padam.

HAMDAN: Kamu dengar satu kali atau banyak kali.

MD ELLIZA: Banyak kali. HAMDAN: Apa jadi selepas

itu?

MD ELLIZA: Lepas cermin pecah, saya takut...secara spontan saya mengundur ke belakang.

HAMDAN: Di mana kedudukan van EMRS pada masa itu?

MD ELLIZA: Belakang jentera. Tetapi saya tidak tahu berapa jarak dia.

Sementara itu, ketika melakonkan semula kejadian, Md Elliza berkata, ada seorang lelaki secara tiba-tiba berlari dari sekumpulan kira-kira 50 lelaki berkenaan sebelum mengetuk cermin jentera dengan objek seperti besi.

“Selepas ketukan itu, objek batu-bata dan yang tidak dikenal pasti dilontarka­n,” katanya.

Sebelum itu, saksi pertama, Ketua Bahagian Penguatkua­saan Trafik

Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya Deputi Superinten­dan Mohamad Nasir Drahman berkata, FRT yang tiba untuk memadam kebakaran di Kuil Sri Maha Mariamman USJ dikeliling­i orang ramai dan dibaling dengan objek keras sehingga pecah cermin hadapan.

Katanya, jentera itu kemudian berundur dan melanggar van ERMS sebelum ke hadapan dan kembali mengundur, mengundur hingga hilang daripada penglihata­nnya.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarha­m menghembus­kan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN).

Prosiding inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung esok.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Adib menghembus­kan nafas terakhir selepas 21 hari bertarung nyawa
di IJN.
KEADAAN jentera bomba yang diserang sekumpulan lelaki dalam rusuhan di sekitar Kuil Maha
Mariamman.
AHMAD Shahril
MD Elliza UNIT Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU) dan Anggota Polis berkumpul di hadapan Kuil Sri
Maha Mariamman, USJ 25.
MUHAMMAD Adib menghembus­kan nafas terakhir selepas 21 hari bertarung nyawa di IJN. KEADAAN jentera bomba yang diserang sekumpulan lelaki dalam rusuhan di sekitar Kuil Maha Mariamman. AHMAD Shahril MD Elliza UNIT Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU) dan Anggota Polis berkumpul di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia