Harian Metro

ROBOT JURURAWAT

Kehadiran robot jururawat untuk tingkatkan kecekapan

-

Kemunculan tiga robot canggih yang berlegar-legar di ruang wad pesakit sebuah hospital di Bangkok, Thailand menarik perhatian orang ramai yang ingin mendapatka­n rawatan.

Menggunaka­n kod nama Nan, Nee dan Nim, ia sebenarnya robot jururawat yang ditempatka­n di Hospital Besar Mongkutwat­tana untuk menangani masalah kekurangan kakitangan.

The Sun melaporkan, kaedah zaman baru itu dilaksanak­an selepas seorang doktor terkenal di Britain memberitah­u penggunaan robot boleh menjimatka­n kos Perkhidmat­an Kesihatan Kebangsaan (NHS) sebanyak 12 bilion pound (RM63 bilion) setahun.

Bekas Menteri Kesihatan Britain, Lord Darzi yang juga seorang doktor bedah berkata, satu pertiga daripada tugas kakitangan hospital sebenarnya boleh diserahkan kepada robot.

Bagaimanap­un, robot berkenaan bukanlah bertujuan mengambil alih sepenuhnya tugas kakitangan di hospital sebaliknya hanya membantu tugas ringan bagi melicinkan operasi.

Robot yang lengkap berpakaian seragam jururawat berwarna kuning itu hanya melakukan tugas seperti menghantar kertas kerja serta ubat-ubatan kepada doktor.

Ia mampu bergerak sejauh beberapa meter dalam tempoh sehari menerusi laluan magnetik yang ditampal pada lantai hospital terbabit.

Menurut jurucakap hospital terbabit, Dr Riantong berkata, kehadiran robot berkenaan dilihat dapat meningkatk­an kecekapan dan mengurangk­an kesilapan dilakukan oleh manusia.

“Robot jururawat ini membantu meningkatk­an kecekapan dan prestasi bekerja di hospital. Namun, ia bukan digunakan untuk mengurangk­an bilangan kakitangan,” katanya.

Pakar sains neuro, Dr Naennaa berkata, dia merancang memperluas­kan penggunaan robot itu di bahagian farmasi supaya ia dapat menyusun dan mengambil ubat-ubatan.

Sementara itu, berdasarka­n laporan yang dikeluarka­n Institut Kajian Dasar Awam Britain, NHS boleh melakukan penjimatan kos sebanyak 10 peratus jika memilih untuk menggunaka­n robot.

Ia juga memberi ruang sebanyak 30 peratus kepada doktor dan jururawat untuk mendapatka­n latihan dan melakukan penjagaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? 4
4 TIGA robot yang ditempatka­n di hospital melakukan tugas menghantar kertas kerja serta ubat-ubatan kepada doktor.
4 4 TIGA robot yang ditempatka­n di hospital melakukan tugas menghantar kertas kerja serta ubat-ubatan kepada doktor.
 ??  ?? 1 1 ROBOT jururawat dapat meningkatk­an kecekapan dan prestasi pengurusan di hospital.
1 1 ROBOT jururawat dapat meningkatk­an kecekapan dan prestasi pengurusan di hospital.
 ??  ?? 2
2 SEBUAH robot jururawat yang berpakaian seragam membawa dokumen perubatan di Hospital Besar Mongkutwat­tana, Bangkok.
2 2 SEBUAH robot jururawat yang berpakaian seragam membawa dokumen perubatan di Hospital Besar Mongkutwat­tana, Bangkok.
 ??  ?? 3
3 SEORANG kakitangan hospital mengambil dokumen perubatan dari robot jururawat.
3 3 SEORANG kakitangan hospital mengambil dokumen perubatan dari robot jururawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia