Harian Metro

SUSPEK DENDAM KELUARGA

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz am@hmetro.com.my

Dendam dan marah kepada keluarga mangsa dipercayai menjadi punca pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Siti Masitah Ibrahim.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan berkata, siasatan pihaknya mendapati mangsa dipercayai dibunuh pada 30 Januari lalu iaitu hari sama kanak-kanak itu dilaporkan hilang oleh ibunya di Kampung Kemahang, Tanjung Medang, Pekan.

Katanya, susulan laporan diterima pihaknya, suspek lelaki warga Kemboja berusia 23 tahun ditahan jam 2 pagi pada 31 Januari lalu di sekitar Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan untuk membantu siasatan.

“Berdasarka­n pengakuan suspek, Siti Masitah dipukul menggunaka­n kayu dan polis merampas senjata dipercayai digunakann­ya.

“Suspek juga kenalan keluarga mangsa dan tinggal sekampung. Pada awalnya lelaki itu menafikan terbabit dengan kehilangan mangsa namun soal siasat mendedahka­n tembelangn­ya,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan, mayat Siti Masitah ditemui orang ramai jam 4 petang Sabtu lalu di kawasan belukar Kampung Tanjung Medang Hilir dalam keadaan tidak sempurna dipercayai beberapa hari meninggal dunia.

Siti Masitah dilaporkan keluar dari rumahnya jam 5 petang pada 30 Januari lalu untuk ke kedai runcit, namun tidak pulang ke rumah.

Ibunya Solihah Abdullah, 35, yang juga warga Kemboja membuat laporan jam 11 malam pada hari mangsa hilang sebelum membawa kepada penahanan suspek beberapa jam kemudian.

Suspek ditahan susulan dakwaan penduduk yang melihat kelibat Siti Masitah menaiki motosikal dengan lelaki terbabit.

Othman berkata, hasil bedah siasat jam 11 pagi semalam mendapati punca kematian mangsa akibat parah pada kepala.

“Ada tiga kesan kecederaan pada rahang kiri, atas tengkorak sebelah kiri dan belakang kepala.

“Punca kematian disebabkan Probable Head Injury. Bedah siasat juga mendedahka­n jantina mangsa adalah perempuan,” katanya.

Beliau berkata, ketika ditemui Sabtu lalu, mayat dalam keadaan tertiarap dan hampir reput serta tangan diikat dari belakang.

“Polis percaya mangsa mati lebih tujuh hari,” katanya.

Othman berkata, pihaknya menunggu laporan ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA) bagi mengesahka­n mayat Siti Masitah.

Katanya, suspek kini direman sehingga 17 Februari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Othman turut menafikan penularan berita mengaitkan kematian mangsa dengan sindiket penjualan organ dan tidak menolak kemungkina­n keadaan mayat tidak sempurna disebabkan dimakan haiwan liar.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NORASIAH meninjau lokasi anak saudaranya dibunuh.
NORASIAH meninjau lokasi anak saudaranya dibunuh.
 ??  ?? SOLIHAH tidak dapat menahan kesedihan ketika diberitahu anaknya, dibunuh.
SOLIHAH tidak dapat menahan kesedihan ketika diberitahu anaknya, dibunuh.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia