Harian Metro

RENTUNG BERSAMA VAN

 Lelaki Pakistan tersepit di tempat duduk selepas dirempuh sebuah lori

- Abnor Hamizam Abd Manap cnews@nstp.com.my

Jempol

Seorang lelaki warga Pakistan mati rentung apabila van dipandu terbakar di Jalan Pasir Besar-FELDA Palong Tiga berhampira­n persimpang­an FELDA Palong Tiga di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superinten­dan Muhd Nur Hishamuddi­n Hashim berkata, kejadian berlaku jam 8.41 pagi apabila van dipandu Mujahid Shah, 23, dirempuh sebuah lori.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Pasir Besar itu mahu membelok ke kanan untuk masuk ke FELDA Palong Tiga.

“Sebuah lori tiga tan dari arah FELDA Palong Empat tidak sempat berhenti lalu merempuh van mangsa.

“Akibat rempuhan itu, kedua-dua kenderaan terbakar dan mangsa tersepit di tempat duduk menyebabka­n dia tidak dapat menyelamat­kan diri.

“Manakala pemandu lori, V Nanthakuma­r, 31, sempat keluar dari kenderaann­ya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Muhd Nur berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat.

“Pengecaman mayat mangsa dibuat oleh abangnya yang datang ke lokasi sebaik dimaklumka­n mengenai kejadian itu,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? KEADAAN van mangsa selepas musnah terbakar.
KEADAAN van mangsa selepas musnah terbakar.
 ??  ?? LORI yang terbabit kemalangan di Jalan Pasir Besar-FELDA Palong Tiga
terbakar.
LORI yang terbabit kemalangan di Jalan Pasir Besar-FELDA Palong Tiga terbakar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia