Harian Metro

KECUT TENGOK JPJ

- Raja Noraina Raja Rahimp rnoraina@hmetro.com.my

 Penunggang cedera di muka rempuh papan tanda elak sekatan jalan raya

Seremban

Tindakan seorang lelaki memecut laju motosikal bagi mengelak sekatan jalan raya di Plaza Tol Senawang di sini, membawa padah apabila dia cedera selepas merempuh papan tanda sekatan, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun menunggang motosikal Honda C70 cedera pada muka akibat rempuhan itu.

Tindakan agresif penunggang terbabit bagi mengelak ditahan anggota penguat kuasa kerana dipercayai membawa air ketum selain cukai jalannya tamat tempoh.

Difahamkan, lelaki itu dari arah Melaka dan masuk di Plaza Tol Senawang menggunaka­n laluan kereta, namun dia panik sebaik menyedari ada sekatan jalan raya.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Zamakhshar­i Hanipah berkata, operasi khas motosikal itu dijalankan sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Menurutnya, selama empat jam bermula 8 malam itu dijalankan JPJ dengan kerjasama Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Pemeriksaa­n terhadap lelaki itu mendapati cukai jalan motosikaln­ya tamat tempoh dan kenderaann­ya juga tidak mengikut spesifikas­i ditetapkan.

“Kita mengeluark­an saman bagi kesalahan terbabit selain akan turut mengambil tindakan atas kesalahan merempuh

sekatan dan tidak berhenti serta-merta ketika sekatan,” katanya ketika ditemui selepas operasi itu, malam tadi.

Zamakhshar­i berkata, pihaknya memeriksa 2,274 motosikal dengan 928 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi khas motosikal bermula 2 Februari sehingga malam tadi.

Selain itu, katanya, sebanyak 6,281 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu sebanyak 1,419 kenderaan dikenakan tindakan dengan 2,428 notis dikeluarka­n dalam Op Tahun Baharu Cina yang dilakukan bermula 29 Januari sehingga malam tadi. Beliau berkata, JPJ mengenal pasti antara kesalahan utama dilakukan pemilik kenderaan ialah tiada lesen memandu dan pihaknya memandang serius kesalahan itu serta akan menjalanka­n pemeriksaa­n berterusan.

 ??  ?? ANGGOTA JPJ membawa penunggang yang cedera ketika cuba lolos sekatan jalan raya. ANGGOTA JPJ dan kakitangan AADK memeriksa botol minuman yang dipercayai mengandung­i air ketum. SEBANYAK 6,281 kenderaan diperiksa dalam Op Tahun Baharu Cina bermula 29 Januari sehingga semalam.
ANGGOTA JPJ membawa penunggang yang cedera ketika cuba lolos sekatan jalan raya. ANGGOTA JPJ dan kakitangan AADK memeriksa botol minuman yang dipercayai mengandung­i air ketum. SEBANYAK 6,281 kenderaan diperiksa dalam Op Tahun Baharu Cina bermula 29 Januari sehingga semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia