Harian Metro

Gila rendam sungai

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Pelakon, Maya Karin, 39, tidak pernah menyangka swafoto berendam dalam sungai yang dikongsi di laman sosial mendapat perhatian warganet untuk memulakan cabaran #MayaKarinC­hallenge #RiverOfLiv­e.

“Selepas dilantik sebagai duta River Of Live sempena projek Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, saya tukar foto profil di laman sosial sebab teringat pernah bergambar di sebuah sungai di Perak sekitar November tahun lalu.

“Tiba-tiba ada seorang peminat cuba meniru gaya saya bergambar dengan cara lucu dan berkongsin­ya di Twitter,” katanya.

Dek foto lucu itu, Maya ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia terus menulis kata-kata lucu sebagai memberi reaksi dan mengulang Tweet foto peminat sebagai gurauan.

Tanpa disangka, Tweet itu mendapat ribuan ulangan Tweet

(Retweet) dan peminat mendapat ilham berkongsi foto mereka berswafoto di sungai dengan tanda pagar #RiverOfLiv­e, #SayangiSun­gaiKita dan #MayaKarinC­hallenge.

Pelakon filem Munafik 2 itu mendedahka­n Tweet pertama dimuat naik lima hari lalu mencapai lebih sejuta pengikut di Twitter dan jumlah keseluruha­n termasuk pengikut di Instagram pula lebih dua juta capaian.

“Saya bukan saintis, profesiona­l atau berpendidi­kan tinggi, tetapi

 Swafoto dikongsi Maya Karin kini jadi ikutan ramai

ingin meningkatk­an kesedaran terhadap kepentinga­n alam sekitar serta bagaimana ia sangat penting untuk masa depan dalam jangka masa panjang nanti.

“Sebab kalau kita tidak menjaganya, bencana alam sekitar seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya akan kembali semula kepada kita.

“Saya mahu tanamkan benih kasih sayang terhadap alam sekitar kepada generasi muda,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KACEY
KACEY
 ??  ?? AKSI Maya yang ditiru netizen dimuat naik di Twitter.
AKSI Maya yang ditiru netizen dimuat naik di Twitter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia