Harian Metro

Aznil nafi ambil VSS di Astro

-

Kuala Lumpur: Pengacara Datuk Aznil Nawawi mengumumka­n sudah melepaskan jawatannya sebagai Naib Presiden Pengurusan Bakat On Air Astro pada 31 Disember lalu.

Bagaimanap­un, Aznil menafikan khabar angin bahawa dia mengambil skim pemisahan sukarela (VSS) yang ditawarkan pihak Astro kepada pekerjanya penghujung tahun lalu.

“Sebenarnya jawatan sebagai Naib Presiden tiada tawaran VSS, tetapi saya sudah lama menyimpan niat untuk memulakan perniagaan membuka kelas pengacaraa­n dan pengucapan awam kepada masyarakat sejak setahun lalu.

“Jadi apabila Astro menawarkan VSS kepada pekerjanya, saya turut ingin mengambil langkah sama kerana sudah ada beberapa perancanga­n untuk melakukan kelas bergerak selepas ini.

“Apabila saya syorkan kepada pihak Astro mereka beri kelulusan dengan syarat masih lagi berkhidmat sebagai pengacara dan mengajar kelas mengajar bakat On Air,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Mikrofon Impian di sini, semalam.

Aznil memegang jawatan terbabit secara tetap pada 1 Oktober 2015.

Menurut Aznil, sehingga kini dia masih lagi bakat eksklusif stesen televisyen itu menerusi kontrak sehingga 2020.

 ??  ?? AZNIL
AZNIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia