Harian Metro

Dituduh pandu cara bahaya

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

Bekas pekerja salun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap dakwaan memandu secara berbahaya hingga menyebabka­n sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terhumban ke laut pada 20 Januari lalu.

Tertuduh, M K Vaitheswar­an, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Mengikut kertas pertuduhan, Vaitheswar­an didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabka­n kematian Moey Yun Peng, 20, di Kilometer (KM) 4 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, pada jam 3 pagi 20 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, Vaitheswar­an didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan Raya 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda hingga RM20,000 dan

 Bekas pekerja salun nafi sebabkan SUV masuk laut

hilang kelayakan lesen memandu tidak lebih tiga tahun jika disabitkan kesalahan.

Peguam S Parameswar­an memohon mahkamah membenarka­n jaminan minimum RM5,000 berikutan tertuduh memberikan kerjasama yang baik kepada polis sepanjang proses siasatan.

“Selepas kejadian itu, tertuduh tidak bekerja, malah dia bukan daripada keluarga yang senang,” katanya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amir Abdul Karim mencadangk­an jaminan RM10,000.

Jamaliah membenarka­n Vaitheswar­an diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin, lesen memandu digantung hingga kes selesai, selain perlu melaporkan diri ke balai polis setiap bulan.

Beliau menetapkan 18 Mac sebagai sebutan semula kes.

 ??  ??
 ??  ?? VAITHESWAR­AN diiringi pegawai polis di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, semalam.
VAITHESWAR­AN diiringi pegawai polis di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia