Harian Metro

Empat ahli Geng Van Putih tak mengaku rompak wang

-

Empat ahli Geng Van Putih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan merompak wang tunai RM1,450 dan telefon bimbit seorang warga Bangladesh, bulan lalu.

Tertuduh, Syeikh Muhammad Muaz Thamizudee­n, 24, Mohd Azmi Othman, 32, Mohd Syahzilah Mohd Syukri Ong, 34 dan Che Ahmad Adilah Che Zakaria, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpula­n dibacakan kepada mereka di depan Hakim Wan Azimah Yaacob.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama melakukan rompakan berkumpula­n terhadap Shajib Hassan iaitu wang tunai berjumlah RM1,450, sebuah telefon bimbit jenama Samsung dan pasport.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tepi Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, jam 2.30 petang pada 18 Januari lalu.

 ??  ?? AHLI Geng Van Putih dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
AHLI Geng Van Putih dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia