Harian Metro

3 sahabat dipenjara 7 tahun, sebat

-

Tiga rakan dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua kesalahan merompak suami isteri, bulan lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhka­n hukuman itu apabila tertuduh Muhammad Amirul Zakaria, 23, Mohd Affendi Abdullah Zawawi, 36, dan Roslan Fauzi, 37, mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Mahkamah memerintah­kan hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 31 Januari lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merompak rantai, gelang tangan dan wang RM700 milik Miss Esoh Buesa dengan parang serta pisau.

Kesalahan itu dilakukan di perumahan belakang Berek Polis Wakaf Mek Zainab, di sini, jam 11.30 malam, 30 Januari lalu.

Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh, waktu dan lokasi sama, mereka didakwa merompak telefon bimbit Razali Hussin menggunaka­n pisau serta parang.

 ??  ?? KETIGA-TIGA tertuduh turut dikenakan empat sebatan atas pertuduhan rompakan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu.
KETIGA-TIGA tertuduh turut dikenakan empat sebatan atas pertuduhan rompakan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia