Harian Metro

Saksi kedua berair mata

-

Shah Alam: Prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim menjadi beremosi apabila saksi kedua dilihat menahan air matanya ketika berada dalam kandang saksi.

Pemandu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Md Elliza Mohd Noor, 36, dilihat sayu ketika melihat dokumen dan gambar Muhammad Adib yang diserahkan pihak mahkamah.

Md Elliza beberapa kali menahan air matanya daripada gugur sambil menundukka­n wajah ketika menyelak dokumen berkenaan iaitu pada malam kejadian itu pada 27 November tahun lalu.

Terdahulu, saksi itu disoal Pegawai Pengendali Inkues, Hamdan Hamzah pada hari pertama inkues Muhammad Adib, 24, di hadapan Koroner Robiah Mohamad di Mahkamah Koroner Shah Alam.

Dia berkata, selepas berjaya membawa jentera FRT keluar daripada kumpulan orang awam, beliau kemudian terus memandu jentera itu menuju ke Balai Polis USJ 8.

“Saya mendengar pemandu van Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS), Shahril Osman memaklumka­n kepada penyelia bahawa Muhamad Adib tidak ada di dalam EMRS.

“Kami cuba hubungi Muhamad Adib beberapa kali tetapi tidak berangkat, namun 15 ke 20 minit selepas itu, ada orang awam menggunaka­n telefon Muhamad Adib menghubung­i kami dan memaklumka­n dalam perjalanan ke SJMC,” katanya.

Abang kepada Allahyarha­m Muhammad Adib Mohd Kassim antara ahli keluarga yang menghadiri hari pertama pendengara­n inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba itu di Mahkamah Koroner, semalam.

Muhammad Asyraf yang berpakaian kemas dilihat memasuki bilik saksi kira-kira jam 9.30 pagi dengan diiringi beberapa pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Malah, puluhan petugas media hadir bagi membuat liputan inkues berkenaan namun polis hanya membenarka­n seorang wartawan mewakili agensi masing-masing untuk memasuki mahkamah berkenaan.

Tiga saksi memberi keterangan pada prosiding hari pertama inkues itu dan tujuh saksi disenaraik­an pihak pendakwaan untuk dipanggil dalam masa terdekat.

Prosiding di hadapan Koroner

 ??  ?? WAKIL media beratur untuk mengambil pas kebenaran bagi mengikuti inkues menentukan punca kematian Muhammad Adib di Kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam.
WAKIL media beratur untuk mengambil pas kebenaran bagi mengikuti inkues menentukan punca kematian Muhammad Adib di Kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia