Harian Metro

Koroner lawat tempat kejadian hari ini

-

Shah Alam: Koroner dan pihak berkepenti­ngan bagi inkues menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan melawat lokasi kejadian di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, hari ini.

Lawatan itu akan disertai Koroner Rofiah Mohamad, jam 10.30 pagi.

Peguam mewakili keluarga Muhammad

Adib, Mohd Kamaruzama­n A Wahab berkata, pihaknya dimaklumka­n semua peguam, Timbalan Pendakwa Raya dan tiga saksi terlebih dulu akan berkumpul di mahkamah sebelum menuju ke lokasi kejadian.

“Ia bertujuan mendapatka­n gambaran sebenar mengenai kejadian itu di sekitar lokasi berkenaan.

“Sejurus selesai, kita akan berpatah semula ke mahkamah,” katanya ketika ditemui Harian Metro di pekarangan Mahkamah Koroner, petang semalam.

Selain Mohd Kamaruzama­n, empat daripada tujuh peguam mewakili keluarga Muhammad Adib ialah Yahaya Othman, Mohamad Tajudin Abd Razak dan Mohamad Zubir Embong.

Dalam pada itu, kata Mohd Kamaruzama­n, setakat ini pihaknya berpuas hati dengan perjalanan prosiding hari pertama inkues berkenaan.

“Kami terus memaklumka­n mengenai prosiding hari ini (semalam) kepada keluarga Allahyarha­m,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia