Harian Metro

Lelaki rompak RM6 dijel 7 tahun

-

Kuala Terengganu: Tindakan seorang lelaki merompak wang tunai RM6 milik seorang buruh membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Hakim Wan Azimah Yaacob membuat keputusan itu selepas tertuduh, Che Ismail Mahmood, 25, dari Permaisuri, Setiu, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan rompakan dengan mengambil wang tunai RM6 milik Muhammad Syaiful Bahri Mahadi, 20, di Pengkalan Mat Ludin, Jalan Kampung Ulu Seladang, Setiu, jam 1 tengah hari pada 26 Januari lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Izzat Wan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa bersama rakan yang berada di lokasi kejadian dida- tangi tertuduh yang dikenali- nya.

Tertuduh ke- mudian bertindak mengacukan sebilah pisau ke arah mangsa sambil meminta wang dan mangsa yang bimbang diapa-apakan menyerahka­n RM6.

Selain itu, tertuduh turut merampas sebuah beg galas milik mangsa sebelum beredar meninggalk­an lokasi kejadian dengan menunggang motosikal.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang lelaki menyamun RM6 daripada seorang buruh dipercayai kerana terdesak mendapatka­n wang untuk membeli dadah.

 ??  ?? CHE Ismail dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan.
CHE Ismail dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia