Harian Metro

Peniaga disyaki cabul anak tiri kena reman

-

Kuala Terengganu: Seorang peniaga dipercayai menjadikan anak tiri sebagai pemuas nafsu dengan mencabul mangsa di sebuah rumah, di sini.

Bagaimanap­un, perbuatan terkutuk lelaki berusia 46 tahun itu terbongkar selepas kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun berkenaan mengadu kemaluanny­a sakit pada 5 Februari lalu.

Sumber berkata, mangsa memaklumka­n suspek sudah beberapa kali melakukan perbuatan sama terhadapny­a sebelum ini.

Katanya, mangsa memaklumka­n suspek selalu mengganggu­nya secara seksual ketika ketiadaan ibunya di rumah.

“Ibu mangsa berusia 40-an yang terkejut mendengar cerita anaknya membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga untuk tindakan lanjut dan membawa mangsa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk pemeriksaa­n,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret dan Sesyen Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff membenarka­n suspek direman tujuh hari sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14A Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia