Harian Metro

Tak peduli teguran!

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@hmetro.com.my

Video seorang wanita membasuh anjing dalam bilik tukar lampin bayi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah selatan yang viral sejak kelmarin mengundang pelbagai reaksi netizen di Facebook (FB).

Siaran langsung FB itu dibuat oleh seorang pemilik akaun media sosial berkenaan yang menggunaka­n nama Farah Shafiza itu membuatkan ramai pihak memberikan reaksi terhadap tindakan wanita itu dan menganggap­nya tidak menghormat­i sensitivit­i agama lain.

Pemilik akaun FB itu, Farah Shafiza Che Amat, 29, berkata, dia yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama suaminya singgah ke R&R berkenaan untuk ke tandas sebelum mendengar bunyi kecoh beberapa pekerja pembersiha­n yang tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu.

“Saya terdengar bunyi bising dan melihat seorang wanita sedang membasuh anjing di bilik tukar lampin bayi membuatkan saya terfikir untuk buat video di FB selepas wanita itu tidak mengendahk­an sesiapapun.

“Pekerja pembersiha­n ada menegurnya dan saya sendiri juga menegurnya, tetapi dia buat tidak tahu, saya juga terdengar dia berkata yang anjing bukannya kotor pun,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Farah, kejadian itu berlaku jam 3 pagi kelmarin dan wanita itu kemudian beredar meninggalk­an R&R berkenaan.

Katanya, dia kemudian membuat laporan kepada PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan dimaklumka­n pihak PLUS sudah melakukan samak di bilik tukar lampin bayi berkenaan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan dikeluarka­n PLUS di laman webnya memaklumka­n persekitar­an bilik tukar lampin bayi itu sudah disamak dan dibersihka­n serta-merta supaya ia boleh terus digunakan oleh pelanggan lain.

“PLUS melahirkan kekesalan dengan kejadian terpencil berkenaan di mana wanita terbabit tidak menghirauk­an teguran petugas dan pelanggan yang menyaksika­n kejadian itu.

“PLUS ingin menegaskan seluruh kawasan R&R di sepanjang lebuh raya adalah kawasan larangan haiwan peliharaan untuk memastikan kebersihan dan keselesaan pelanggan.

“Justeru, PLUS memohon kerjasama semua pelanggan supaya mematuhi larangan terbabit demi keselesaan pelanggan yang lain,” katanya.

 Wanita selamba basuh anjing dalam bilik tukar lampin bayi di R&R Tapah

 ??  ?? RAKAMAN video memaparkan tindakan seorang wanita membasuh anjing dalam bilik tukar lampin bayi di R&R Tapah yang viral.
RAKAMAN video memaparkan tindakan seorang wanita membasuh anjing dalam bilik tukar lampin bayi di R&R Tapah yang viral.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia