Harian Metro

Pekerja PROPEL maut nahas

-

Pekerja Projek Penyelengg­araan Lebuh Raya Berhad (PROPEL) maut selepas motosikal ditunggang melanggar batu jalan di Kilometer 58 Jalan Alor Setar- Butterwort­h di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Mohammad Syazren Abdul Rahim, 29, dari Bandar Seri Astana meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa dipercayai menunggang motosikal dari arah Pekan Sungai Petani menghala ke Lagenda Height.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang­i mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar batu jalan sebelah kiri bahu jalan.

“Mangsa yang parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia