Harian Metro

Hayun pisau berang ditegur bakar sampah

-

Berang selepas ditegur kerana membakar sampah, seorang penjaga tokong mengamuk dan menetak dua lelaki menggunaka­n pisau pemotong daging di Wat Siam Mak Mandin di sini, malam kelmarin.

Kejadian jam 8 malam itu menyebabka­n seorang daripada mangsa menerima 17 jahitan di kepala manakala seorang lagi luka tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek berusia 57 tahun itu pada mulanya membakar sampah di kawasan terbuka belakang wat terbabit dan perbuatann­ya itu ditegur dua lelaki.

“Dua lelaki berkenaan menegur suspek supaya memadamkan api, tetapi tindakan itu menyebabka­nnya berang dan terus menghayun serta menetak mereka menggunaka­n pisau pemotong daging,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia